SATU lagi perlawanan persahabatan antara Kelab Bola Sepak Home United (HUFC) dengan pasukan pilihan Kejohanan Futsal Nasional juga bakal diadakan di Akademi Bola Sepak Belia Home United (HYFA), Mattar Road, Ahad ini.
Ia akan berlangsung pada masa yang sama ketika perlawanan persahabatan antara pasukan bekas pemain nasional dan pasukan Bawah-14 tahun (U-14) Persatuan Pemuda Islam Singapura (PPIS) diadakan.