JURULATIH Malaysia, Dollah Salleh, sedar pasukannya menghadapi perlawanan sukar apabila berdepan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Jalan Besar petang esok.
Namun, bekas penyerang antarabangsa yang disegani itu mengakui Malaysia perlu menang ke atas pasukan pimpinan Radojko 'Raddy' Avramovic, untuk mengembalikan semangat pemain-pemainnya.