Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA MALAYSIA

LionsXII juara Piala FA 2015; tewaskan Kelantan 3-1

May 24, 2015 | 04:04 PM



DISAKSIKAN lebih 80,000 penyokong lawan, LionsXII mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Singapura menjulang Piala FA; menewaskan Kelatan 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.


Dua pemain Young Lions dan skuad Sukan SEA - Sahil Suhaimi dan Faris Ramli menjadi wira LionsXII, menyumbat ketiga-tiga gol yang membisukan penyokong Kelantan yang sebelum itu menenggelamkan suara 6,000 penyokong LionsXII yang bertandang ke Kuala Lumpur.


Faris Ramli menyumbat gol pertama seawal minit kelapan, dengan Sahil, yang memulakan permainan di bangku, menyumbat dua gol dalam babak kedua bagi menjamin kemenangan bersejarah bagi LionsXII.


Gol tunggal Kelantan dijaringkan Wan Zack Haikal pada minit ke-64, menyamakan kedudukan menjadi 1-1.


Bagaimanapun, dengan Khairul Nizam cedera pada minit ke-57, laluan terbuka bagi Sahil memasuki padang dan mengubah skrip dan momentum permainan yang pada ketika itu condong kepada Kelantan yang rancak mengatur serangan.


Gol pertama Sahil dihasilkan menerusi satu serangan balas. Dengan hanya Faris menyokong di sayap kanan, Sahil memperdayakan beberapa pemain Kelantan sebelum melepaskan rembatan kencang yang hanya mampu ditepis penjaga gawang Kelantan Khairul Fahmi Che Mat ke penjuru gawang


Gol kedua Sahil dicipta menerusi tendangan penalti, apabila beliau dijatuhkan Amirizwan Taj dalam masa kecederaan; memaksa pengadil Muhammad Zamzaidi Katimin menuding ke titik penalti.


Apabila wisel penamat ditiup pengadil, pemain LionsXII bersujud mencium padang  - keletihan, tetapi gembira kerana membuktikan keupayaan. Pencapaian mereka itu turut mendapat perhatian daripada Perdana Menter Lee Hsien Loong yang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan dan penyokong yang membawa pulang Piala FA ke Singapura.


Piala FA berpindah ke seberang Tambak buat kali pertama sejak pertandingan dimulakan pada 


Kemenangan ini juga adalah kemenangan sulung bagi ketua jurulatih Fandi Ahmad sebagai jurulatih dalam bola sepak Malaysia


Menurut Fandi Ahmad denga penuh emosi, beliau dan LionsXII telah membuktikan bahawa ramalan penyokong - bahawa Kelantan akan menewaskan LionsXII dengan dua gol adalah salah.


"Kami layak menjadi juara kerana kami menunjukkan kesungguhan dan semangat kental apabila berjuang sebagai satu pasukan," katanya.


LionsXII dijadual tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi pada 6.10 petang, Ahad (24 Mei)


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >