Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kontroversi palit O.J. Simpson walau telah berpulang

Bekas atlet terkemuka Amerika meninggal dunia akibat barah pada usia 76 tahun
Apr 22, 2024 | 05:30 AM



Meskipun barah telah meragut nyawa bekas pemain Liga Bola Sepak Nasional (NFL) terkemuka Amerika Syarikat, O.J. Simpson, namun, kematiannya di Las Vegas pada 10 April tidak menguburkan kisah hidupnya.

Simpson yang menghembuskan nafas terakhir dalam usia 76 tahun, masih terus menjadi sorotan media dan maklumat tentang dirinya dan bagaimana dia terlepas daripada tuduhan membunuh bekas isteri serta rakannya pada 1994, tetap digali.

Bekas teman Simpson, Ron Shipp memberitahu majalah, People, baru-baru ini bahawa beliau meninggalkan kediaman Simpson sejurus selepas pembunuhan isteri Simpson, Nicole Brown Simpson, dan teman bekas atlet itu, Ronald L. Goldman.


Menyusuli kematian mengejut dua individu tersebut pada 12 Jun 1994, Simpson disoal pasukan detektif.

“Dia ke sana (balai polis), dan disoal mengapa jarinya luka, dan sebagainya,” singkap Shipp, pesara Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) kepada People.


Simpson juga enggan mengambil ujian pengesan pembohongan, tambah Shipp yang percaya beliau diundang ke rumah Simpson kerana atlet itu ingin tahu pemikiran pegawai LAPD memandangkan beliau bertugas di sana.

Shipp yang turut menjadi saksi dalam perbicaraan Simpson, yakin atlet itu adalah pelaku di sebalik pembunuhan.

Pihak juri dalam perbicaraan kes bunuh itu telah membebaskannya, namun kes itu mendapat liputan meluas dan mengubah kehidupan Simpson.

Dalam satu tindakan guaman sivil yang dikemukakan keluarga mangsa pada 1997, ia mendapati Simpson bertanggungjawab ke atas kematian Nicole Brown dan Goldman, dan mengarahkannya membayar denda AS$33.5 juta ($45.6 juta).

Simpson tidak dapat membayar denda itu sepenuhnya dan berpindah ke Florida.

Di sana, dia menghadapi cabaran untuk mengubah kehidupannya, membesarkan anak-anak serta mengelak daripada melakukan sebarang kesalahan.

Pada 2006, Simpson menjual sebuah manuskrip buku berjudul, If I Did It, disusuli satu temu ramah televisyen, dengan memberikan kisah tidak benar mengenai pembunuhan itu yang dia nafi melakukannya.


Namun desakan orang ramai yang tidak berpuas hati menyebabkan projek tersebut dibatalkan.

Namun, keluarga mendiang Encik Goldman mendapat hak kepada buku tersebut, menambah maklumat ke dalam kandungannya sehingga mengaitkan Simpson kepada kes itu. Buku itu kemudian diterbitkan.

Pada 2007, Simpson diberkas selepas dia dan beberapa lelaki lain menceroboh masuk ke sebuah bilik hotel di Las Vegas yang dihuni beberapa peniaga cenderahati sukan sebelum dia mengambil beberapa barangan tersebut.

Simpson mendakwa barangan tersebut telah dicuri daripadanya, namun pihak juri mendapati dia bersalah pada 2008 atas 12 tuduhan, termasuk rompakan bersenjata dan menculik.

Perbicaraan kes itu mendapat sorotan meluas pihak media dan orang awam.

Simpson dihukum sembilan tahun di sebuah penjara di Nevada sebelum dibebaskan pada 2017.

Saban tahun, kisah Simpson menarik perhatian sebelum ia diterbitkan dalam bentuk buku, filem, bahan pembelajaran dan perdebatan yang menimbulkan persoalan tentang keadilan, hubungan antara kaum dengan selebriti yang dibanggakan.

Terdapat banyak kisah tentang Simpson pada ketika itu.

Semasa mudanya, Simpson dikatakan membesar dalam persekitaran penuh kesempitan.

“Saya seorang lelaki yang gemar berlari, dan itulah yang sering saya lakukan,” katanya pada 1975.

Simpson telah menjadi salah seorang pemain bola Amerika yang terkenal dan menikmati gaji paling tinggi.

“Sepanjang kehidupan, saya dikenali sebagai seseorang yang selalu berlari,” tambahnya.

Simpson dilaporkan memecahkan rekod di maktab dan profesional dalam sukan larian, selain memenangi trofi utama dan ditempatkan dalam Balai Kemasyhuran sukan bola Amerika.

Dia tampil dalam banyak filem serta iklan cenderahati bagi beberapa jenama terkenal.

Dia juga menjadi penganalisis sukan bagi beberapa saluran di Amerika.

Semasa mudanya dia membeli rumah, kereta dan mempunyai sebuah keluarga yang lengkap, sehingga menjadi idola Amerika.

Dia juga gemar bermain golf.

Meskipun tampak bahagia, namun terdapat masalah besar dalam kehidupannya yang sebenar.

Dia pernah bercerai dengan bekas isterinya yang dikenali semasa zaman persekolahannya.

Perkahwinannya dengan seorang pelayan pula goyah, sehinggakan polis sering datang ke pintu rumahnya, kerana dakwaan penderaan yang dialami.

Pasangan itu bercerai pada 1992, namun mereka sering bersemuka.

Pada 12 Jun 1994, bekas isterinya, yang ketika itu berusia 35 tahun, dan Goldman, 25 tahun, diserang di luar sebuah kondominium di Los Angeles.

Ia tidak jauh dari rumah Simpson.

Bekas isterinya itu hampir dipenggal kepalanya, sementara Goldman ditetak hingga mati.

Pisau yang digunakan tidak pernah ditemui, namun polis menemui sarung tangan yang diselaputi darah di tapak kejadian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >