Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juara Olimpik Tunisia tidak akan sertai temasya di Paris

May 08, 2024 | 12:33 PM



Juara acara 400 meter gaya bebas Olimpik, Ahmed Hafnaoui, tidak akan menyertai edisi Olimpik di Paris, kata Africa Aquatics (AA) pada Selasa.


Badan pemerintah benua tersebut berkata dalam laman webnya, warga Tunisia berusia 21 tahun itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Olimpik yang akan berlangsung pada 26 Julai - 11 Ogos, sekali gus mengesahkan laporan media Tunisia.

Laporan AA hanya memberi butiran bahawa Hafnaoui tidak ingin meneruskan latihan di Amerika Syarikat, negara dia berpangkalan sebelum ini.

Jawatankuasa Olimpik Tunisia, persekutuan renang kebangsaan dan wakil Hafnaoui juga tidak memberi komen kepada agensi berita.

Pada akhir tahun lalu, Hafnaoui berlatih di California di bawah bekas ketua jurulatih pasukan Amerika, Mark Schubert, yang menjalankan program elit renang jarak jauh di Orange County.

Bagaimanapun, di Kejohanan Dunia di Doha pada Februari, Hafnaoui memberitahu pemberita bahawa beliau telah pulang ke Tunisia disebabkan masalah visa.

Pada 2021, Hafnaoui, ketika itu berusia 18 tahun, mengejutkan dunia dengan memenangi pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas pada Sukan Olimpik Tokyo yang tertangguh akibat pandemik. Dia berjaya menjuarai acara itu walaupun mencatatkan masa paling lambat di kelayakan perlawanan akhir.

Dia juga pernah menjuarai 800 meter dan 1,500 meter gaya bebas pada Kejohanan Dunia tahun lalu di Fukuoka dan menjadi naib juara dalam acara 400 meter di belakang Sam Short dari Australia.

Bagaimanapun, beliau gagal mara ke final dalam ketiga-tiga acara pada Kejohanan Dunia terakhir di Doha pada Februari – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >