LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, menegaskan bahawa bintang muda kelabnya, Eden Hazard, harus membantu pasukan itu memenangi lebih banyak trofi jika beliau mahu diletakkan sederet dengan pemain handalan di Stamford Bridge.
Kedudukan Hazard dalam kesebelasan Chelsea dijangka tidak diragukan lagi apabila pemain muda berbakat Belgium itu menurunkan tandatangan bagi menyambung kontrak lumayan lima tahun lagi bersama kelab bergelar The Blues itu.