Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN AFF MITSUBISHI ELECTRIC

Harapan Thailand pertahan trofi terjejas... pemain penting tidak beraksi

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



HASRAT Thailand untuk mempertahankan trofi Kejohanan AFF terjejas teruk kerana beberapa pemain tunggak tidak akan beraksi, memberikan kelebihan kepada pesaing utama Vietnam.



Antara pemain utama Thailand yang tidak akan beraksi ialah Chanathip Songkrasin - pemain terbaik kejohanan lalu - dan Supachok Sarachat, yang masing-masing beraksi dalam Liga-J di Jepun.



Pasangan barisan depan Buriram United, Supachai Chaided dan Suphanat Muenta juga tidak akan beraksi.



Kejohanan AFF (Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean) ini diadakan dua tahun sekali dan tidak termasuk dalam jadual pertandingan rasmi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). Justeru, kelab-kelab tidak wajib melepaskan pemain mereka ke pasukan nasional.



Jurulatih Thailand, Mano Polking memberitahu The Straits Times (ST) usaha pasukannya mempertahankan trofi adalah lebih mencabar tanpa pemain-pemain itu.



Thailand membuka tirai pertandingan hari ini - menentang Brunei - sebelum bertemu pasukan lain dalam Kumpulan A - Filipina, Indonesia dan Kemboja.



Pertandingan kali ini diadakan dalam format tempat sendiri-tempat lawan dan dua pasukan teratas dari Kumpulan A dan Kumpulan B masing-masing akan melayakkan diri ke separuh akhir.



Polking, yang dianggap wira nasional selepas memimpin Thailand memenangi mahkota AFF keenam di Singapura pada awal tahun ini berkata:



"Peluang kami lebih rendah pada masa ini. Adalah lebih sukar bagi kami (untuk menang) berbanding masa lalu, tetapi kami sentiasa berusaha seberapa boleh."



"Saat kami memenangi AFF yang lalu adalah saatu paling hebat bagi saya sebagai jurulatih. Tentu sekali, jika kami mengulangi kejayaan itu kali ini, ia akan memberikan kepuasaan yang lebih besar."



Beliau dan Thailand kini bergantung pada Teerasil Dangdan, penyerang veteran yang juga penjaring gol terbanyak pertandingan dengan 19 gol.



Teerasil, 36 tahun juga menjaringkan dua gol semasa Thailand membelasah Myanmar 6-0 dalam perlawanan persahabatan pada 11 Disember.



Walau menang besar, Polking berkata Vietnam ialah pilihan utama untuk menjulang trofi di akhir pertandingan.



"Mereka pasukan pilihan kerana mempunyai masa persiapan paling panjang... skuad mereka juga telah sekian lama bersama. Tapi saya yakin kami akan mempertingkat permainan kami."



Vietnam, yang tewas kepada Thailand di sepauruh akhir pertandingan pada awal tahun ini, memulakan latihan sejak bulan lalu dan telah memenangi kededua perlawanan persiapan - 2-1 ke atas Borussia Dortmund dan 1-0 ke atas Filipina.



Pemain bertaraf bitang Nguyen Quang Hai, yang kini beraksi bagi Pau FC di divisyen dua Perancis juga ada bersama pasukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >