Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Gol istimewa Lamela serikan kemenangan 5-1 Spurs ke atas Asteras Tripolis

Oct 24, 2014 | 02:34 PM



LONDON: Kelab Liga Perdana England (EPL) Tottenham Hotspur menang selesa ke atas Asteras Tripolis dari Greece dengan keputusan 5-1 dengan Harry Kane menjaringkan hatrik.


Namun hanya satu nama menjadi sebutan penyokong kelab London itu di wisel penamat - Erik Lamela.


Penyerang asal Argentina itu menjaringkan gol yang dianggap terhebat di Eropah musim ini dalam minit ke-29.


Menerima hantaran lintang di luar petak penalti, Lamela melakukan tendangan 'rabona' dengan kaki kiri yang memperdaya Tomas Kosicky di gawang Asteras.


Tendangan 'rabona' atau reben ialah teknik tendangan yang memerlukan seseorang pemain 'melilit' sebelah kakinya di belakang kaki kedua demi menendang bola ke depan. Ia teknik yang sukar dilakukan dan pertama kali dilapor dilakukan dalam perlawanan liga di Argentina oleh Ricardo Infante dalam 1948.


Antara bintang dunia yang pernah melaksanakan 'rabona' dengan berjaya dalam sesebuah perlawanan ialah Diego Maradona, Gianfranco Zola dan Paul Gascoigne.


Kemenangan itu membenarkan Spurs mengikat Besiktas di persada Kumpulan C. - AFP, Reuters


 


Keputusan lain (Terpilih sahaja)


Lille 0


Everton 0


 


PSV 1


Pananthinaikos 1


 


Inter Mila 0


St Etienne 0


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >