SELEPAS melihat Sekolah Rendah Woodlands Ring dinobatkan juara bagi Cabaran Futsal Antara Sekolah Singapore Pools-FAS (ISFC) bagi kategori bawah 10 tahun bulan lalu, kini giliran pemain bawah 14 tahun pula menunjukkan bakat mereka dalam pertandingan itu.
Pasukan A Sekolah Menengah Mayflower dan Sekolah Menengah Anderson membuka tirai pertandingan ISFC kategori U14 di dewan sukan Our Tampines Hub (OTH) semalam.