Topik diikuti
Pergi ke BHkuGabriel Quek terus cemerlang jaring tujuh gol musim ini
Gabriel Quek terus cemerlang jaring tujuh gol musim ini
LIGA Perdana Singapura (SPL) tahun ini terbukti tahun gemilang bagi pemain Lion City Sailors Gabriel Quak yang telah meletakkan matlamat untuk meneruskan kejayaannya tahun lalu setelah memenangi anugerah Pemain Terbaik liga tersebut.
Quak, 30 tahun, membuka kempennya dengan gol ketujuh musim ini yang telah mendorong Lion City Sailors untuk menang 4-1 semasa menghadapi Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar malam kelmarin.
Quak, yang telah mencatatkan lima gol dan tujuh 'assist' musim lalu, kini berusaha untuk memecahkan rekod terbaik kerjayanya dalam liga tersebut iaitu sembilan gol pada 2019 semasa menghadapi Warriors FC.
Beliau telah mempamerkan serangan terbaik musim ini kelmarin pada minit keenam selepas menjaringkan gol melalui sudut atas gawang yang tidak dapat dipertahankan oleh penjaga gawang Zaiful Nizam.
The Sailors, yang telah memperkenalkan dua pemain baru berusia 18 tahun, Aniq Raushan dan Glenn Ong, tetap mendahului pada 18 minit dengan gol kedua menerusi 'free kick' oleh Shahdan Sulaiman.
Meskipun The Tigers berusaha menyamakan mata dengan satu gol dari Kristijan Krajcek, serangan suku kedua dari Stipe Plazibat dan Saifullah Akbar menjamin kemenangan The Sailors.
Quak berkata: "Apabila anda memenangi sesuatu seperti ini (pemain terbaik), biasanya dua perkara boleh terjadi. Memang ia boleh menjejas fikiran, tapi saya beritahu diri sendiri untuk terus bersikap rendah diri dan cuba memperbaiki diri.
"Saya tahu ramai yang akan memerhatikan saya dan juga bertanya 'Apa yang akan berlaku seterusnya pada beliau'."
Jurulatih Balestier Marko Kraljevic berkata pesaing mereka itu "pasukan lebih baik" dan menambah:
"Apabila kita terlepas mengawal bola, pertukaran (strategi) dari menyerang kepada pertahanan agak lambat bagi kami.
"Secara keseluruhan, saya rasa persembahan mereka ok tapi dua jaringan awal mereka memang baik dan sukar untuk dipertahankan."
Dengan kemenangan itu kelmarin, Sailors kini di tempat kedua dalam liga tersebut dengan 14 mata, hanya tiga mata di belakang Albirex Niigata.
Juara bertahan itu telah mengukuhkan kedudukan tertinggi mereka dalam liga itu selepas menewaskan Tanjong Pagar United di Stadium Jurong East Sabtu lalu.
Sementara itu di Stadium Hougang, Hougang United dan Young Lions mencapai keputusan seri.