SYARIKAT yang menjadi 'tulang belakang' Sukan SEA Ke-28 Singapura ini, CWT Limited, meraikan pencapaian membanggakan selama 45 tahun dalam pengurusan logistik dengan sama-sama menyertai 'pengiraan' detik ketibaan temasya sukan terbesar rantau ini dengan formasi angka 45 semalam.
Sebagai penaja separa yang akan menawarkan khidmat logistik dan sokongan operasi bagi Sukan SEA yang pembukaan rasminya akan berlangsung 45 hari lagi, CWT Limited akan menyediakan ruang gudang yang merangkumi Pusat Logistik Singsoc (SLC) serta mengendali pengangkutan dan penghantaran barangan bagi memastikan temasya berlangsung dengan jaya.