FILEM singkat mengenai perjalanan hidup Fandi Ahmad - dari Kaki Bukit ke persada bola sepak setempat - dilancarkan secara rasmi sempena Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28.
Berjudul Ordinary, atau Biasa, satu adegan dalam filem 12 minit yang dihasilkan oleh pengarah setempat Nicole Woodford itu menunjukkan Fandi menangis kerana tidak dipilih menyertai Skim Bola Sepak Milo.