TUMPUANNYA mungkin pada pertemuan kedua suku akhir Piala FA Malaysia pada Rabu depan tetapi jurulatih LionsXII Fandi Ahmad berkata beliau akan menurunkan pasukan terbaik dalam usaha mencatatkan kemenangan pertama di padang lawan apabila anak didiknya turun menentang Selangor dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) di Stadium Shah Alam malam ini.
LionsXII kini di ambang melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA selepas memenangi pertemuan pertama 2-0 di Stadium Jalan Besar pada 8 April lalu.