Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fandi gesa penyokong 'turun padang', sokong LionsXII di Jalan Besar

Aug 02, 2015 | 02:42 PM



DENGAN musim berbaki hanya empat perlawanan di Stadium Jalan Besar sebelum melabuhkan tirai di akhir bulan ini, Fandi Ahmad menggesa peminat bola sepak setempat 'turun padang' beri sokongan kepada LionsXII, bermula pertemuan dengan Felda United malam Ahad (2 Ogos).


"Kami harap mereka akan turun beramai-ramai beri sokongan, dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri hampir berakhir dan ketika kami melangkah ke tempoh genting ini," katanya.


LionsXII, yang kini menduduki tangga keenam dengan 23 mata boleh melompat menggantikan Felda (25 mata) di tangga keempat jik mengutip tiga mata malam nanti.


Fandi memburu sekurang-kurangnya tempat keempat, dengan musim berbaki tujuh perlawanan. Pahang yang bakal bertandang ke JBS Sabtu depan, kini mendahului liga dengan 36 mata.


Selain Felda dan Pahang, LionsXII juga dijadual bertemu Selangor (15 Ogos) dan Sime Darby (22 Ogos) di JBS bulan ini.


Tiket bagi perlawanan LionsXII dengan Felda dan LionsXII dengan Pahang boleh dibeli di JBS selepas 4 petang pada Ahad 2 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >