Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

DPM Wong: Pemerintah akan terus labur dalam sukan

Biasiswa Spex baru bakal diperkenal bagi sokong atlet imbangi pengajian tinggi, sukan 
Apr 26, 2024 | 06:37 PM



Pemerintah akan terus melabur dalam sukan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Ini akan dilakukan dengan menambah baik infrastruktur sukan di sini, menyediakan lebih banyak program dan peluang untuk warga Singapura kekal aktif dan bersemangat pada sukan, serta sokongan berterusan untuk atlet negara, tambah beliau.

Encik Wong, juga Menteri Kewangan, berkata demikian semasa berucap dalam sambutan ulang tahun ke-20 dan malam anugerah Sekolah Sukan Singapura di kampusnya di Woodlands pada 26 April.

“Masih banyak lagi yang kita boleh lakukan bersama. Kami sepenuhnya komited untuk melakukan lebih kerana kami percaya pada kuasa sukan.

“Kami percaya sukan boleh memperkaya hidup kita dan mendekatkan kita bersama sebagai sebuah masyarakat dan negara,” ujarnya 

Encik Wong juga mengumumkan satu biasiswa baru di bawah program Kecemerlangan Sukan (Spex), yang bertujuan menyokong aspirasi atlet negara mencapai kededua kecemerlangan akademik dan sukan.

Biasiswa itu akan membiayai kos perbelanjaan sekolah di tahap siswa, termasuk yuran sekolah dan bahan kursus.

Encik Wong berkata: “Kami ingin meningkatkan usaha untuk membantu (atlet kita).

“Atlet boleh memohon biasiswa ini untuk melanjutkan pengajian sarjana muda semasa menjalani latihan, atau mereka juga boleh memilih untuk ditaja bagi pengajian sarjana muda selepas memburu matlamat kecemerlangan sukan mereka.”

Buat masa ini, program Spex menawarkan Biasiswa Spex dan SpexPotensi bagi menyokong aspirasi atlet Singapura.

Biasiswa Spex diberikan kepada atlet negara berprestasi tinggi yang berlatih sepenuh masa. Mereka menerima gaji bulanan, elaun latihan, dan pembiayaan untuk pertandingan. Spex Potensi pula menyokong atlet muda berpotensi tinggi meskipun belum berhasil di pertandingan tahap senior. Kumpulan pertamanya menerima anugerah mereka pada Mac.

Butiran lanjut mengenai biasiswa bagi pengajian siswa itu akan dikongsi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia pada hujung 2024, tambah Encik Wong.


Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Di acara itu, SSP turut mengumumkan ia telah mengumpul dana sejumlah $41,888 untuk Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura. 

Sumbangan ini dikumpul oleh atlet-pelajar SSP setelah melengkapkan jarak 20,000 kilometer dengan melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan, berlompat dan berenang, serta mengadakan acara amal dan jualan cenderahati sekolah itu.

Dinamakan Project Champions Way, usaha tersebut dijalankan sempena sambutan dua dekad penubuhan SSP.


‘Tembok Aspirasi’, iaitu dinding yang dibuat daripada 674 jubin seramik yang merangkumi impian dan aspirasi atlet-pelajar, alumni, kakitangan dan Ahli Lembaga SSP, juga dilancarkan. 

Beberapa anugerah turut disampaikan di majlis itu. 

Lim Shi En (boling) dan Max Lee (terjun cantik) memenangi Anugerah Atlet-Pelajar Cemerlang Moo Soon Chong, manakala Zeanne Law (wushu) dan Si To Jian Tong (lawan pedang) dinobat Atlet-Pelajar Cemerlang Moo Soon Chong (Posmenengah) pada 2024. 

Anugerah Kecemerlangan Annabel Pennefather, yang mengiktiraf dua graduan atlet-pelajar perempuan yang meraih pencapaian sukan yang cemerlang, diberikan kepada Amirah Sahrin (silat) dan Michelle Tan (polo air).

Anugerah seumpamanya untuk graduan atlet-pelajar lelaki, Anugerah Kecemerlangan Tan Howe Liang, menjadi milik Maximillian Ang (renang) dan Izaac Quek (tenis meja).

Sebanyak 30 atlet negara turut menerima Anugerah Pencapaian Sukan Cemerlang. 

Mereka termasuk Safuwan Baharudin (bola sepak); Shanti Pereira (atletik); Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dan Amirah Sahrin (silat); Filzah Hidayah Nor Anuar (lawan pedang); dan Aqilah Andin (bola jaring).

Pengiktirafan ini diberikan kepada atlet-pelajar dan alumni SSP yang telah sama ada mewakili Singapura di Sukan Olimpik, menang pingat di Sukan Komanwel, Sukan Asia atau Kejohanan Dunia, meraih pingat emas Sukan SEA, atau mencapai 100 penampilan untuk pasukan nasional. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >