Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Detik hebat bagi Amri tetapi Qatar bukti terlalu handal dengan atasi Singa 4-0

Aug 29, 2015 | 07:09 AM



DALAM pertarungan yang melihat bintang penyerang, Khairul Amri, diberi penghormatan sebagai kapten sempena penampilan ke-100 bagi skuad Singa, Qatar membuktikan bahawa mereka terlalu gagah dengan mencatatkan kemenangan 4-0 dalam satu perlawanan persabahatan antarabangsa di Stadium Jassim Hamad, Doha, awal pagi tadi (29 Ogos).


Perlawanan dengan negara hos Piala Dunia 2022 ini adalah sebahagian daripada persiapan Singa sebelum menghadapi Syria dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 yang dijadualkan di Muscat, Oman, pada 3 September ini (12 tengah malam waktu Singapura).


Anak didik Bernd Stange berjaya menyaingi kehebatan Qatar sepanjang 45 minit pertama permainan yang kekal tanpa gol sebelum pasukan tuan rumah bangkit dengan menyumbatkan empat gol selepas rehat.


Keputusan itu tentunya 'pengajaran' baik bagi Stange - dan dua pembantunya - legenda bola sepak tanah air - Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy - bagi mempersiapkan pasukan menjelang pertemuan genting Kumpulan E dengan Syria.


Singa, yang kini mendahului Kumpulan E selepas menewaskan Kemboja 4-0 dan seri 0-0 dengan pasukan pilihan kumpulan, Jepun, tentunya mengharapkan keputusan positif apabila menentang Syria nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >