PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal, melahirkan kebimbangannya mengenai ketidakupayaan pasukannya menjaringkan gol selepas seri 0-0 dengan PSV Eindhoven dalam pertemuan Liga Juara-Juara.
Kapten United, Wayne Rooney, juga khuatir dengan United yang gagal memanfaatkan peluang dan hakikat bahawa sekalipun mereka menguasai permainan, gol yang diharapkan tidak kelihatan.