Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cium pemain wanita: Bekas ketua bola sepak Sepanyol hadapi hukuman penjara

Pendakwa mahu Luis Rubiales dihukum penjara dua setengah tahun kerana cium Jenni Hermoso secara paksa lepas Sepanyol menang Piala Dunia Wanita
Mar 28, 2024 | 03:09 PM



MADRID: Pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Sepanyol memohon hukuman penjara dua setengah tahun dikenakan ke atas bekas ketua persekutuan bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales, kerana kesalahan mencium bibir pemain wanita, Jenni Hermoso, secara paksa, menurut satu dokumen mahkamah yang dilihat Reuters pada 27 Mac.


Pendakwa raya Marta Durantez mendakwa Rubiales atas satu tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan melakukan paksaan, kerana perbuatannya mencium bibir Hermoso – pemain bola sepak profesional wanita Sepanyol.

Kesalahan itu masing-masing membawa hukuman penjara satu tahun dan 18 bulan.

Dalam kejadian itu, Rubiales, 46 tahun, memegang kepala Hermoso dengan kedua-dua tangannya dan mencium bibir beliau pada 20 Ogos 2023 semasa upacara penyampaian hadiah selepas kemenangan Sepanyol dalam Piala Dunia Wanita di Sydney, Australia

Skandal tersebut menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia dan menimbulkan perdebatan nasional di Sepanyol mengenai isu diskriminasi jantina.


Hermoso dan rakan sepasukannya berkata ciuman itu tidak diingini dan merendahkan maruah beliau, tetapi Rubiales berhujah ciuman itu mendapat persetujuan Hermoso, dan menafikan sebarang salah laku.

Pendakwa raya turut menuduh bekas jurulatih pasukan nasional wanita, Jorge Vilda; pengarah sukan semasa Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Albert Luque; dan ketua pemasaran RFEF, Ruben Rivera, atas kesalahan memaksa Hermoso berkata bahawa ciuman tersebut berlaku atas dasar suka sama suka.

Dakwaan itu menyatakan ketiga-tiga pegawai itu mengganggu Hermoso dengan memberi “tekanan berterusan dan berulang” secara langsung kepada pemain itu dan juga melalui rakan dan keluarga beliau.

Mereka berdepan hukuman penjara 18 bulan setiap seorang.

Ketiga-tiganya menafikan sebarang salah laku ketika dihadapkan ke mahkamah.

Durantez juga mahu Rubiales membayar 50,000 euro ($72,964) sebagai pampasan kepada Hermoso, dan 50,000 euro lagi dibayar secara bersama oleh Rubiales, Vilda, Luque dan Rivera.

Di samping itu, beliau meminta perintah sekatan yang menghalang Rubiales mendekati Hermoso dalam jarak 200 meter, dan daripada menghubungi beliau sepanjang tujuh setengah tahun mendatang.

Jika didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman seperti yang diminta pihak pendakwa, Rubiales tidak semestinya masuk penjara.

Kanun jenayah Sepanyol membenarkan hakim menggantung “secara luar biasa” hukuman penjara jika, seperti dalam kes ini, tiada satu pun daripada setiap hukuman penjara yang dikenakan melebihi dua tahun.

Sementara itu, Rubiales dinamakan dalam satu siasatan rasuah berasingan yang menggegarkan RFEF minggu lalu, apabila polis menggeledah ibu pejabat persekutuan itu dan sebuah apartmen milik Rubiales, serta menangkap tujuh orang.

Mahkamah Sepanyol menyiasat sejak Jun 2022 sama ada Rubiales melakukan jenayah pengurusan tidak wajar apabila RFEF bersetuju dengan firma Kosmos milik bekas pemain Barcelona, Gerard Pique, untuk memindahkan acara Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi, berdasarkan satu sumber kehakiman kepada Reuters ketika itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >