Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea 'tangguh' perayaan ditabal juara selepas terikat 0-0 dengan Arsenal

Apr 27, 2015 | 07:03 AM



LONDON: Chelsea terpaksa 'menangguhkan' sekurang-kurangnya seminggu lagi perayaan menjulang mahkota Liga Perdana England (EPL) - kali pertama bagi kelab Stamford Bridge sejak 2010 - apabila disekat dengan keputusan seri tanpa gol dengan Arsenal awal pagi tadi (27 April).


Jika pasukan pimpinan Jose Mourinho itu berjaya menewaskan Arsenal, mereka berpeluang ditabal juara baru musim ini dengan hanya memenangi perlawanan susulannya - menentang Leicester City pada Rabu ini.


Begitupun kemenangan di padang Leicester pada pertengahan minggu akan meletakkan Chelsea dalam kedudukan baik untuk menjamin trofi kejuaraan di hadapan penyokong sendiri jika berjaya mengatasi Crystal Palace hujung minggu ini.


Malah, melihat bagaimana kapten Chelsea, John Terry, meraikan keputusan seri di Stadium Emirates membayangkan ia satu kejayaan yang melebihi sekadar mengutip satu mata.


"Ia langkah yang besar ke arah menuju matlamat kami," akur Terry kepada Sky Sports.


"Dari segi kiraan matematik, ia belum menjamin apa-apa lagi tetapi ia langkah besar dan perkara paling penting hari ini ialah tidak membenarkan Arsenal mengumpulkan mata," tambahnya.


Satu-satunya keprihatinan Chelsea ialah melihat tunggak midfield Brazilnya, Oscar, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas beliau bertenbung dengan penjaga agwang Arsenal, David Ospina.


Bagi Arsenal, keputusan seri 0-0 dengan Chelsea ini memberikannya mata yang sama dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City - dengan kededuanya berada 10 mata di belakang Chelsea.


Keputusan itu tentunya lebih mengecewakan bagi pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang masih gagal mencatatkan kemenangan dalam 13 pertemuan dengan Mourinho sejauh ini.


Dalam perlawanan awal, Everton mengejutkan pasukan 'in-form' Manchester United 3-0, sekali gus memberi tamparan hebat kepada harapan 'Red Devils' untuk menjamin tiga tangga teratas liga yang layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan - tanpa perlu melalui perlawanan penentuan.


Kemenangan akan melihat anak didik Louis van Gaal melompat ke tangga kedua tetapi keputusan itu bermakna United kini di tangga keempat selepas gol-gol James McCarthy, John Stones dan Kevin Mirallas membantu Everton naik ke tangga ke-10.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >