Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea dan Liverpool tewas tetapi Man City teruskan permulaan cemerlang

Aug 30, 2015 | 09:13 AM



LONDON: Permulaan hambar juara bertahan, Chelsea, berterusan apabila pasukan pimpinan Jose Mourinho itu kalah mengejut 1-2 kepada Crystal Palace dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) malam tadi.


Kekecewaan itu juga adalah hanya kekalahan kedua liga yang dialami Mourinho di kubu kuat mereka di Stamford Bridge.


Ia juga adalah perlawanan ke-100 pengurus asal Portugal itu dalam liga elit England itu tetapi Palace memastikan ia bukan satu kenangan indah bagi Mourinho. Kali terakhir Chelsea tewas di padang sendiri ialah semasa kalah kepada Sunderland pada April 2014.


Kekalahan itu juga tamparan hebat kepada 'The Blues' yang terkial-kial pada awal musim ini - hanya menang sekali dalam empat perlawanan dan mendapati diri mereka lapan mata di belakang pendahulu, Manchester City.


Bintang penyerang yang dipinjam dari Monaco, Radamel Falcao, menyumbatkan gol pertamanya bagi Chelsea tetapi Palace membawa pulang tiga mata hasil gol-gol Bakary Sako dan Joel Ward.


Ia adalah kemenangan pertama Palace di Stamford Bridge sejak 1982.


"Palace menyukarkan kami tetapi keputusan perlawanan seharusnya seri yang juga merupakan satu keputusan yang buruk bagi kami.


"Kami merintis banyak peluang jaringan tetapi beberapa pemain kami gagal membantu pasukan," ujar Mourinho di akhir pertarungan.


Tidak seperti Chelsea, City meneruskan langkah keyakinan dengan kemenangan keempat dalam empat perlawanan selepas menewaskan Watford 2-0 di Stadium Etihad.


Raheem Sterling menyumbatkan gol sulung bagi City sejak pemindahannya dari Liverpool untuk melenturkan semangat juang Watford pada minit ke-47 sebelum Fernandinho melebarkan jurang bagi City yang mencatatkan sejarah 10 kemenangan liga berturut-turut yang bermula sejak musim lalu.


Liverpool pula mengalami kekalahan pertama musim ini selepas tewas 0-3 kepada West Ham United dengan pasukan kendalian Brendan Rodgers menamatkan pertarungan dengan 10 pemain selepas 'playmaker' Philippe Coutinho dibuang padang pada minit ke-56.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >