Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pemain Malaysia puji Fandi

May 25, 2015 | 11:45 AM



Kuala Lumpur: Magis ala Fandi Ahmad.


Demikian rumusan bekas pemain kebangsaan Malaysia Khalid Ali mengenai rahsia kejayaan LionsXII yang menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final Piala FA kelmarin.


Jelas Khalid, meskipun skuad bimbingan Fandi Ahmad itu tidak diperkuatkan dengan pemain import, lawan Kelantan itu mempunyai keyakinan cukup tinggi serta setiap pemainnya mempunyai disiplin bermain mirip jurulatih mereka yang juga legenda Singapura, lapor Harian Metro.


"Singapura adalah sebuah pasukan yang mempunyai semangat kerjasama berpasukan yang tinggi. Saya boleh katakan mereka bermain ala Fandi sebab kesemua pemain mereka bermain mirip Fandi.


"Cara mendada dan mengawal bola, berlari serta bertahan, kesemuanya hampir sama seperti ketika Fandi bermain satu ketika dulu.


"Pendek kata, Fandi berjaya menerapkan apa yang ada pada dirinya kepada setiap pemain," katanya. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >