Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA BOLA JARING

Australia tewaskan England 61-45 dalam final Piala Dunia Bola Jaring

Aug 07, 2023 | 04:48 PM



CAPE TOWN: England masih menantikan kejuaraan Piala Dunia bola jaring pertama mereka setelah ditewaskan Australia 61-45 dalam pusingan final pada Ahad.


Perlawanan itu merupakan penampilan pertama England dalam pusingan final selepas menewaskan juara Piala Dunia 2019, New Zealand, 46-40 pada pusingan separuh akhir pada Jumaat.

Namun, mereka terpaksa berpuas hati menamatkan kempen Piala Dunia mereka dengan pingat perak.

Australia kini telah merangkul kejuaraan Piala Dunia sebanyak 12 kali. Ini juga merupakan kali pertama Piala Dunia bola jaring diadakan di Afrika.

England mungkin terlepas peluang menjuarai Piala Dunia tetapi mereka telah menyamakan keputusan terbaik mereka pada kejohanan itu, yang sebelum ini dicapai pada 1975 selepas acara round-robin.

Jaringan selepas suku pertama adalah 13-13 tetapi Australia berjaya memenangi suku kedua, ketiga dan terakhir untuk meraih kemenangan selesa di hadapan ribuan penonton.

Australia bermula dengan baik manakala England terkial-kial mengatasi serangan dinamik Australia, yang dirangsang oleh penyerang Kiera Austin dan Sophie Garbin, yang menjaringkan sebanyak 27 gol.

“Kami memang kecewa kerana tewas pada final pertama kami tetapi itulah perbezaan antara pasukan yang pernah bermain dalam final dan pasukan yang bermain dalam final untuk kali pertama,” kata jurulatih England, Jess Thirlby.

England menewaskan Australia 56-55 di peringkat kumpulan tetapi tidak dapat mengulangi prestasi itu dalam pusingan final.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, ia kelihatan seperti England tidak mempunyai kepercayaan untuk kembali memberi cabaran.

Australia memanfaatkan persembahan cuai dan hantaran hambar dari England untuk menambah kepada jaringan mereka. Ini merupakan sesuatu yang Australia telah cemerlang dalam perlawanan sebelumnya.

Namun, Thirlby berkata pasukannya akan mempelajari daripada perlawanan final menentang Australia.

“Ini kali pertama kami bermain dalam perlawanan final. Lain kali kami akan dapat merangkul pingat emas. Yang pasti kami ingin memberi inspirasi dan menunjukkan akan kebanggaan dan keghairahan kami (beraksi dalam final).

“Kami gembira terdapat anak muda di luar sana yang dapat menonton pasukan England dalam final Piala Dunia.

“Saya harap generasi seterusnya mendapat inspirasi untuk memakai jersi merah dan menyokong kami dalam perlawanan final seterusnya pada masa hadapan,” tambah Thirlby. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >