Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Argentina, NZ cipta sejarah di ragbi SVNS S’pura

May 05, 2024 | 09:05 PM



Sejarah baru tercipta dalam format baru kejohanan ragbi tujuh sepasukan, HSBC SVNS – yang sebelum ini dikenali sebagai Siri Ragbi Tujuh Dunia – di Singapura pada 5 Mei.

Argentina merangkul trofi kejuaraan liga lelaki SVNS sulung mereka di Stadium Negara.

Pasukan Puma Sevens meraih pencapaian itu setelah mengalahkan Afrika Selatan 14-10 dalam aksi ‘playoff’ tempat kelima yang mendebarkan.


Keputusan itu cukup untuk mengekalkan Argentina di puncak tangga liga lelaki musim 2023-24 dengan 106 mata daripada tujuh kejohanan dan dinobat juara keseluruhan.

New Zealand pula digelar juara wanita liga SVNS. Pasukan Black Ferns mengalahkan Australia 31-21 dalam final di Singapura. Sebelum ke kota Singa, New Zealand dan Australia terikat dengan 106 mata di puncak tangga liga.


New Zealand juga ialah juara pertama SVNS Singapura bagi liga wanita, yang musim ini menampilkan kededua pertandingan wanita dan lelaki. Sebelum ini, hanya pertandingan lelaki dimainkan.

New Zealand sudah menjadi juara keseluruhan SVNS sebanyak rekod lapan kali.

Australia (124 mata) menamatkan musim liga di tempat kedua, diikuti oleh Perancis (104 mata). 

Ini merupakan pengakhiran kejohanan yang sempurna bagi New Zealand di kota Singa, dengan pasukan lelaki New Zealand berjaya mempertahan takhta juara SVNS Singapura selepas menewaskan Ireland 17-14. 

Kemenangan itu merupakan yang keempat bagi pasukan lelaki New Zealand di sini, iaitu rekod paling banyak dalam sejarah kejohanan. 

Namun, Ireland boleh berbangga dengan prestasi mereka sepanjang musim apabila mendapat tempat kedua dengan kutipan 104 mata. Kedudukan itu adalah yang tertinggi pernah diraih pasukan Eropah itu dalam SVNS.

New Zealand pula menamatkan musim liga di tempat ketiga selepas mengumpul 93 mata.

Di bawah format baru ini, lapan pasukan teratas dalam liga lelaki dan wanita seterusnya akan ke Madrid, Sepanyol untuk bersaing dalam kejohanan grand final SVNS dari 31 Mei hingga 2 Jun.

Pertandingan lelaki terdiri daripada Argentina, Ireland, New Zealand, Australia, Fiji, Perancis, Afrika Selatan dan Britain. Sementara itu, New Zealand, Australia, Perancis, Amerika Syarikat, Canada, Fiji, Ireland dan Britain akan bersaing dalam pertandingan wanita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >