MEMBUKTIKAN versatilitinya di kolam renang, perenang muda berbakat, Ardi Zulhilmi Mohamed Azman, memenangi pingat emas keduanya di Kejohanan Antara Sekolah-Sekolah Nasional Divisyen 'B' di Pusat Akuatik OCBC, Hab Sukan Singapura.
Menyusuli kejayaannya dalam perlumbaan jarak jauh 1,500 meter gaya bebas pada Isnin lalu, pelajar Sekolah Menengah Outram berusia 16 tahun ini menghadiahkan emas kedua kepada sekolahnya dengan kemenangan dalam acara 200 meter rampaian individu (IM) semalam.