Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Amri wira, Singapura benam Afghanistan 1-0

Anak didik Stange pelihara peluang menjadi naib juara Kumpulan E dan mara ke Piala Asia 2019
Oct 08, 2015 | 10:03 PM



LESU dan tidak bermaya sebahagian besar permainan, Lions bangkit pada 20 minit terakhir bagi menewaskan Afghanistan 1-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Negara pada malam 8 Oktober.


Khairul Amri – yang menerima anugerah but emas kerana telah mewakili Singapura lebih 100 kali – menyumbat gol itu pada minit ke-72, menanduk kemas uumpanan tendangan sudut oleh Faris Ramli.


Sebelum saat itu, disaksikan stadium yang kurang separuh penuh, Lions terkial-kial membuka peluang jaringan dan terpaksa menanti sehingga minit ke-56 bagi menguji penjaga gawang pasukan pelawat Ovays Azizi. Kali itu, tandukan Amri hasil hantaran Madhu Mohana berjaya ditampar keluar oleh Ovays.


Sebaliknya, Afghanistan yang kini menduduki tangga keempat Kumpula E dan terdesak memungut mata, memulakan perlawanan dengan lebih rancak dan membuat beberapa percubaan gol awal.


Malah, anak didik Stange bernasib baik tidak masuk ke waktu rehat dengan ketinggalan satu gol.


Penyerang Khaibari Amani bersalah mensesiakan peluang gol keemasan _ yang kedua disesiakannya di penghujung babak pertama. Walau mencuba sedaya-upaya, Khaibar gagal menyambar hantaran rendah oleh Noraollah Amiri, dengan Izwan Mahbud terpedaya dan gawang terkangkang luas


Lions keluar ke padang bagi babak kedua dengan beberapa perubahan. Kapten Shahril Ishak, yang gagal mempengaruhi permainan sepanjang babak pertama 'dikorbankan'. Beliau diganti oleh pemain sayap Faris Ramli, dengan sayap kiri Hafiz Sujad mengambil tempatnya di tengah padang.


Fazrul Nawaz juga digantikan oleh Sahil Suhaimi pada minit ke-68, dengan Singapura terdesak memburu gol pertama.


Perubahan ini meraih hasil selang empat minit, apabila Amri menebus kekecewaan di awal babak bagi menyumbat gol kemenangan.


Afghanistan terus mengasak dan menghantar lebih ramai pemain di bahagian padang Singapura selepas itu, tetapi Lions bertahan bagi mengutip tiga mata.


Namun manis kemenangan ini dicemari kecederaan yang menimpa Hafiz – pemain terbaik Lions pada malam ini – yang terpaska dikeluarkan pada minit ke-78.


Kemenangan ini bermakna Singapura telah mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan pertama dan kekal di tangga ketiga Kumpulan E, memelihara peluangnya mara ke Piala Asia 2019 dari kumpulan yang turut dianggotai Jepun dan Syria.


Selain mara ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya, lapan juara kumpulan dan empat naib juara menjamin tempat di Piala Asia di Amiriah Arab Bersatu (UAE). Jika terlepas peluang ini, Singapura perlu melayakkan diri menerusi satu lagi pusingan kelayakan.


 


SINGAPURA: Izwan Mahbud, Shaiful Esah, Baihakki Khaizan, Madhu Mohana, Nazrul Nazari Fazrul Nawaz (Sahil Suhaimi, min ke-68), Izzdin Shafiq, Hafiz Sujad (Shakir Hamzah, min ke-78) Shahril Ishak (Kapten) (Faris Ramli, min ke-45), Zulfahmi Arifin, Khairul Amri


AFGHANISTAN: Ovayz Azizi, Abassin Alikhil, H. Amin, Zamir Daudi, F Shayesteh, (Shabir Isoufi, min ke-65), Khaibar Amani (Mustafa Azadzoy, min ke-70), Noraollah Amiri, Zubayr Amiri, Djelaludin Sharitya (Kapten), Mustafa Zazai, Hadid Mustafa (Omid Popalzay, min ke-19).


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >