TANYALAH apa jua soalan tentang ayam. Dramatis Jasmani Basri akan dapat segera menjawabnya.
Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam bisnes menjual ayam dan daging, maka tidak hairanlah jika beliau tahu sehingga berapa lama jangka hayat ayam, perbezaan antara ayam dara dengan ayam tua atau disebut sesetengah orang sebagai ayam pencen, serta berat badan setiap jenis ayam.