Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Wanita didakwa lakukan fitnah atas laporan keguguran palsu KKH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita didakwa lakukan fitnah atas laporan keguguran palsu KKH

May 06, 2024 | 06:11 PM



Seorang wanita dihadapkan dengan tuduhan memfitnah pada 6 Mei selepas dia didakwa menghantar mesej kepada akaun Instagram, Wake Up, Singapore (WUSG), yang mendakwa dia telah mengalami keguguran di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Polis berkata pada 5 Mei bahawa siasatan menunjukkan dakwaan oleh warga negara Myanmar, Ma Su Nandar Htwe, adalah tidak benar.

Penduduk tetap Singapura berusia 27 tahun yang didakwa mengalami pengalaman pahit itu telah dilaporkan oleh sebuah laman web berita alternatif pada Mac 2022, dalam satu rencana berjudul “Bayi itu mungkin sudah mati – Wanita kongsi kisah mengerikan tentang kegugurannya di A&E KKH.”

KKH membuat laporan polis pada 25 Mac 2022, tentang rencana itu, yang diterbitkan melalui wadah dalam talian, termasuk laman Facebook dan Instagram WUSG.

Wanita itu adalah orang kedua yang didakwa dikaitkan dengan kes itu yang akan dibicarakan di mahkamah.

Pada 24 April, Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, 26 tahun, yang dikatakan seorang pentadbir untuk WUSG, juga dikenakan pertuduhan memfitnah. Kesnya belum selesai.

Cerita rekaan itu menyatakan bahawa pada 28 Februari 2022, wanita itu yang hamil 20 minggu dan positif Covid-19, tiba di KKH untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit perut yang teruk pada 2 pagi.

Menurut rencana itu, wanita itu berkata dia disuruh menunggu di kawasan drop-off dan dia mula berdarah pada 5 petang, tetapi dia tidak dilayan.


Wanita itu mendakwa dia berjumpa doktor hanya pada 6 petang selepas empat jam menunggu dan diberitahu dia sudah kehilangan janinnya. Dia juga mendakwa bahawa janinnya dibuang sebagai sisa perubatan.

Siasatan polis menunjukkan bahawa cerita dan dakwaan itu palsu. KKH mengesahkan bahawa pesakit itu telah berjumpa doktor sekitar sejam selepas ketibaannya dan tidak mengalami keguguran.

Pada Mac 2022, Kementerian Kesihatan berkata ia telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada WUSG kerana menerbitkan akaun palsu itu.

Notis pembetulan telah diterbitkan di akaun Facebook dan Instagram WUSG pada 27 Mac 2022.

WUSG juga telah mengeluarkan permohonan maaf pada 1 April 2022 dengan menyatakan dalam catatan Facebook: “Kami baru sedar kami ditipu, dan dokumen yang dihantar kepada kami telah diubah. Kami memohon maaf kepada KKH dan semua pembaca kami.”

Kes Ma Su Nandar Htwe telah ditangguhkan kepada 24 Mei.

Pesalah yang disabitkan memfitnah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >