Masyarakat Melayu/Islam di Singapura telah mencapai kemajuan yang ketara sejak beberapa dekad, khususnya dalam pendidikan dan pekerjaan.
Menekankan demikian dalam hantaran Facebook pada 11 Mac, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pelbagai daya usaha pemerintah dan M³ telah dilancarkan yang akan meletakkan masyarakat Melayu/Islam di sini pada kedudukan yang baik untuk mengharungi cabaran masa depan.
Ia juga bagi merebut peluang dari segi pendidikan, pekerjaan, pembangunan belia dan sosioagama.
“Saya gembira kerana sebagai satu ‘Masyarakat Gemilang”, kita sentiasa mencontohi nilai-nilai 3K – Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan – untuk menjadi model bagi masyarakat Islam minoriti di seluruh dunia yang mandiri, mantap dan maju.
“Menjelang Ramadan, saya galakkan kita semua menerapkan nilai-nilai 3K seperti memaparkan sikap kewarganegaraan dengan menabur bakti kepada masyarakat semasa bulan yang penuh barakah ini, berkongsi kemahiran untuk mengasah kecekapan dan paparkan keperibadian yang baik dalam interaksi dengan mereka di sekeliling kita,” ujar Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Hantaran beliau itu dimuatnaikkan menyusuli Dialog Pasca-Belanjawan M³ yang diadakan pada 10 Mac di Kelab Masyarakat Geylang Serai, Wisma Geylang Serai (WGS).
Sesi tersebut turut disertai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Anggota Parlimen (GRC Jalan Besar), Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Anggota Parlimen (GRC Ang Mo Kio), Cik Nadia Samdin.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Menurut Encik Masagos, beliau dan rakan-rakannya telah menjelaskan dengan lebih mendalam tentang daya usaha yang dibentangkan pemerintah dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam di Singapura dapat meraih manfaatnya.
“Kami menghargai perbincangan dan maklum balas jujur daripada lebih 100 peserta yang berkongsi tentang bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran dengan menimba kemahiran baru dan pembelajaran sepanjang hayat, sokongan untuk keluarga berpendapatan sederhana dan bersiap sedia bagi persaraan sambil menggarap peluang untuk berdepan dengan ekonomi dan tenaga kerja masa depan.
“Di tengah-tengah kegawatan ekonomi dunia yang merudum, kami memberi jaminan bahawa Belanjawan ini direka untuk memberi manfaat kepada semua, termasuk masyarakat Melayu/Islam,” ujar Encik Masagos lagi.