Apa kata Pemimpin Pekerja NTUC
KEBAJIKAN, PERSEKITARAN PEKERJA JADI KEPRIHATINAN
Perkara yang paling beliau pedulikan ialah kehidupan harian pekerja Singapura. Perkara yang paling beliau ambil berat ialah sama ada pekerja kami telah meningkatkan diri mereka dan diberi penerangan terkini tentang isu teknologi. Disebabkan beliau, kehidupan pekerja Singapura telah bertambah baik. Kebajikan pekerja dan persekitaran kerja kita telah bertambah baik di bawah pimpinan Perdana Menteri kita.
Encik Fang Chin Poh, mantan Setiausaha Agung, Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (1999-2021) yang juga mantan Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC (2007-2011).
LUAHAN PEKERJA DIDENGARI
Pengalaman bersama PM Lee tidaklah begitu menakutkan seperti yang saya sangkakan dan itulah salah satu sebab yang saya suka tentang beliau. Tidak kira usia kita atau dari mana kita berasal, kita dapat menyuarakan kebimbangan atau apa sahaja pandangan yang ingin kita kongsikan dan ia akan didengari. Tidak ramai belia di negara jiran kita atau di negara lain dapat mengalami atau mendapat peluang yang sama seperti yang kita ada.
Cik Nur Akidah Ramad, Penolong Kedua, Setiausaha Agung, Kesatuan Pekerja Penyiaran Singapura yang juga Ahli Ganti, Jawatankuasa Muda NTUC.
TERIMA KASIH KERANA LUANGKAN MASA
Bagi saya, beliau merupakan seorang yang sangat rendah hati. Sebenarnya, suami saya bermula sebagai pekerja harian dan kemudian beliau menjadi pekerja sepenuh masa. Namun begitu, Encik Lee masih mengambil berat tentang beliau. Walaupun ketika suami saya sakit, Encik Lee masih mencari masa untuk ke hospital bagi melawatnya, dan saya rasa itu perkara yang sangat bagus.Terima kasih, PM Lee, untuk semua yang telah anda lakukan, bukan hanya untuk negara, malah untuk kami (rakyat Singapura) dan untuk semua pekerja, dan secara peribadi, untuk keluarga saya juga. Terima kasih banyak-banyak.
Cik Vanaja, isteri mendiang Encik Nachiappan RK Sinniah, mantan Setiausaha Agung Emeritus, Kesatuan Pekerja Tenaga dan Gas.