Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

S’pura tetapkan 2024 sebagai Tahun Kebersihan Awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tetapkan 2024 sebagai Tahun Kebersihan Awam

Mar 04, 2024 | 09:16 PM



Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Kebersihan Awam, dalam usaha memupuk tanggungjawab kolektif serta menggalak usaha seluruh negara untuk mengekalkan piawaian kebersihan Singapura.

Ia akan memberi tumpuan terhadap bidang yang akan meningkatkan kebersihan awam agar dapat melindungi kesihatan awam dengan lebih baik dan mewujudkan persekitaran bandar yang berkembang maju untuk rakyat Singapura.

Antara bidang tumpuan itu termasuk persekitaran yang bersih, makanan yang selamat serta udara dan air yang bersih, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Parlimen pada 4 Mac.

Tahun Kebersihan Awam ini akan menyaksikan penekanan lebih besar terhadap penyaluran perkhidmatan alam sekitar awam, mempertingkatkan industri alam sekitar dengan pembangunan keupayaan dan penggunaan teknologi, selain meningkatkan usaha penguatkuasaan, tambah Cik Fu. 

“Apa yang terlintas di fikiran ialah kebersihan alam sekitar – memastikan persekitaran kita bebas daripada sampah-sarap, dan mungkin juga kempen ikonik, ‘Jadikan Singapura Bersih’.

“Kebersihan awam lebih daripada apa yang kita fikirkan. Ia membentuk asas kesejahteraan kita – makanan selamat, udara bersih dan air bersih,” kata beliau lagi.

Secara kolektif, Cik Fu menambah semua aspek kebersihan awam “perlu bersatu untuk melindungi kesihatan penduduk Singapura”.

Beliau berkata: “Mengekalkan tahap kebersihan awam yang tinggi memerlukan penyertaan aktif kita semua.

“Pemerintah, perusahaan, masyarakat dan individu mesti bekerjasama untuk menyumbang kepada persekitaran yang bersih, makanan yang selamat, udara dan air yang bersih.

“Ini merupakan sebuah kompak sosial yang akan mengukuhkan rasa tanggungjawab kolektif kita terhadap satu sama lain.”

Memberi contoh antara usaha yang bakal dilaksanakan, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menggandakan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tumpuan sampah, untuk membantu membolehkan siasatan terhadap kesalahan kebersihan awam, dan menghalang kesalahan dilakukan. 

Jika seseorang itu ditangkap melakukan kesalahan menerusi CCTV, namun tidak dapat dikenal pasti, NEA akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan masyarakat untuk mengenal pasti pesalah itu, kata Encik Baey.

“Sekiranya masih tiada petunjuk, NEA akan meneroka meletakkan imej pesalah ini di tempat mereka melakukan kesalahan membuang sampah itu untuk mendapatkan bantuan masyarakat luas dalam mengenal pasti mereka,” tambahnya.

Encik Baey turut mengumumkan bahawa sebuah Pasukan Petugas Tandas Awam akan dibentuk untuk mengkaji dan mengesyorkan penyelesaian bagi meningkatkan kebersihan tandas awam.

Untuk memberi penekanan yang lebih tinggi kepada Tahun Kebersihan Awam ini dan untuk menghimpunkan perusahaan, masyarakat dan individu untuk mengambil tindakan, daya usaha itu akan disepadukan dengan acara utama lain seperti Keep Singapore Clean (Jadikan Singapura Bersih), Go Green SG (Langkah Hijau SG) dan Clean and Green Singapore (Singapura Bersih dan Menghijau).


NEA akan menerajui Tahun Kebersihan Awam dan memperkukuhkan lagi piawaian kebersihan awam yang tinggi melalui pelbagai program dan inisiatif.

Langkah untuk melengkapkan penguatkuasaan itu merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk memanfaatkan semangat tanggungjawab kolektif sebagai sebahagian daripada pelan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward SG), kata Cik Fu lagi.

Semua pihak berkepentingan mampu memainkan peranan dalam mengekalkan amalan kebersihan awam yang baik untuk kebaikan masyarakat, tegasnya.

“Ketika dunia bergelut dengan cabaran jangka panjang yang menakutkan seperti perubahan iklim, janganlah kita terlepas pandang terhadap keperluan asas untuk kehidupan yang baik dan sihat – persekitaran yang bersih, makanan yang selamat, udara dan air bersih.

“Sebagaimana yang telah kita lakarkan di bawah Melakar Hala Tuju Singapura, pemerintah akan terus menerajui usaha ke arah visi bersama kami iaitu Singapura yang Bersih, Hijau dan Berdaya Tahan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >