Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sokong projek korban di samping kempen Nur Ala Nur

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Sokong projek korban di samping kempen Nur Ala Nur

May 10, 2024 | 05:29 AM



Syawal sudah pun berlalu, kini umat Islam telah pun berada dalam bulan Zulkaedah. Waktu ini menandakan sekitar lebih sebulan sahaja lagi masyarakat Muslim akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha pula.

Pada hari kebesaran umat Islam yang penuh keinsafan ini, mereka yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan disunatkan melakukan ibadah korban haiwan seperti kambing, kambing biri-biri, lembu atau unta.

Bagi sambutan Aidiladha yang bermula dari 9 Zulhijah, umat Islam yang tidak mengerjakan haji di Makkah, juga disunatkan berpuasa pada hari tersebut atau lebih dikenali sebagai puasa Arafah.

Esoknya, selepas solat Aidiladha sehingga tiga hari berikutnya, yang dikenali dengan hari tasyrik, barulah upacara korban akan dijalankan.


Menurut Mudirah Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI), Ustazah Masnia Nassim, ibadah korban merupakan salah satu syiar yang sangat dianjurkan kerana ia dapat menguatkan ketaatan terhadap Allah swt dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam.


“Tidak kira di kampung ataupun di bandar, umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah ini dengan penuh ketakwaan. Ini sekali gus menjadi usaha untuk menyantuni golongan susah, juga umat Islam lain yang kurang berkemampuan menerusi pengagihan daging korban tersebut.

“Bagi masyarakat Islam yang tinggal di kota kosmopolitan seperti Singapura ini, ibadah korban tetap dijalankan walaupun tidak secara terbuka dan semeriah seperti suatu masa dahulu,” kata Ustazah Masnia.

Menyemarakkan sambutan Aidiladha, Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah turut menganjurkan ibadah korban dengan melaksanakan ibadah korban di luar Singapura pada tahun 2024 ini.

Seperti beberapa tahun kebelakangan, MWTI telah melantik wakil-wakilnya di beberapa tempat untuk menjalankan upacara korban/akikah/nazar, di samping mengumpul dana untuk projek peningkatan madrasah, Nur Ala Nur.

Bagi yang berhajat melaksanakannya, bolehlah berdaftar bersama madrasah dengan korban kambing ($270 seekor) akan dijalankan di Banten, Indonesia; korban lembu ($1,200 seekor) di Phnom Penh, Kemboja; dan kambing biri-biri ($360 seekor) di Australia; dengan menghubungi madrasah di talian 6741-0131 atau terus ke pejabat MWTI pada waktu pejabat .

DERMA KEPADA PROJEK NUR ALA NUR


Sumbangan kepada Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah boleh dibuat melalui:

+ PayNow: UEN S55MM0002D.

+ Kiriman cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

+ Secara Nets dan tunai di pejabat madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600.

+ Imbas kod QR yang tertera.

+ Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >