Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Shell jual aset di Pulau Bukom, Pulau Jurong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shell jual aset di Pulau Bukom, Pulau Jurong

May 08, 2024 | 07:42 PM



Syarikat minyak Shell bersetuju menjual Taman Tenaga dan Kimia Shell di Pulau Bukom dan Pulau Jurong di Singapura, kepada syarikat CAPGC, syarikat usaha sama Chandra Asri Capital dari Indonesia, dan peniaga komoditi sedunia, Glencore.

Penjualan kemudahan penapisan minyak Shell kepada CAPGC, termasuk kilang penapisan minyak pertama Singapura yang dibina pada 1961, dibuat selepas Shell yang tersenarai di London, meletakkan aset tersebut di bawah semakan strategik pada 2023 untuk menambah keuntungan keseluruhan syarikat itu, selain mengurangkan jejak karbonnya di seluruh dunia.

Urus niaga jual-beli tersebut, yang tertakluk kepada kelulusan pihak pengawal selia, dijangka selesai menjelang akhir 2024, lapor The Straits Times (ST).


Kesemua pekerja yang “menyediakan sokongan khusus” kepada Taman Tenaga dan Kimia Shell akan mengekalkan pekerjaan mereka dengan CAPGC, kata Shell pada 8 Mei.

Pengarah bagi perniagaan huraian hiliran, boleh diperbaharui dan tenaga Shell, Encik Huibert Vigeveno, berkata:

“Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam usaha berterusan Shell untuk meningkatkan perniagaan bahan kimia dan produk kami, dan adalah bukti komitmen kami untuk menambah nilai dengan mengurangkan pelepasan (karbon) ...”

“Kami berbangga dengan sejarah kami di Pulau Bukom dan Pulau Jurong, serta sumbangan kami kepada pertumbuhan ekonomi Singapura dalam sektor ini sejak beberapa dekad lalu,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Encik Vigeveno berkata walaupun Shell menjual aset penapisan minyak tersebut, syarikat itu akan terus komited terhadap hab serantaunya bagi perniagaan pemasaran dan perdagangan di Singapura.

Aset yang dijual oleh Shell termasuk kilang penapisan yang berupaya memproses 237,000 tong sehari (bpd) bagi penapisan minyak, dan loji etilena 1.1 juta metrik tan setahun di Pulau Bukom.

Kilang di Pulau Jurong seluas lebih 60 hektar pula menghasilkan pelbagai bahan kimia, termasuk etilena oksida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >