Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Selatan Lazarus, Kusu bakal jadi taman laut kedua S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selatan Lazarus, Kusu bakal jadi taman laut kedua S’pura

May 09, 2024 | 06:13 PM



Pemerintah merancang menetapkan perairan di sekitar pulau selatan Singapura sebagai taman laut kedua negara ini, bagi menawarkan peluang kepada orang ramai menikmati keindahan kehidupan laut yang kaya di situ.

Ini diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang berkata bahagian selatan Pulau Sekijang Pelepah atau Lazarus Island dan terumbu di luar Pulau Kusu, akan ditetapkan sebagai taman laut kedua Singapura.

Dari tapak sulaiman dan kerang gergasi berjejalur yang bersembunyi di pantai berbatu hingga terumbu karang yang utuh, kawasan itu kaya dengan pelbagai hidupan laut, lapor The Straits Times.


Bercakap kepada media pada 9 Mei di Pulau Lazarus, Encik Lee berkata: “Apabila kami akhirnya menetapkan taman laut kedua, ia akan membolehkan kami mengukuhkan pemuliharaan lautan dan daratan.

“Kami akan sediakan peluang besar untuk pendidikan dan penyelidikan, dan menyediakan ruang untuk riadah berasaskan alam semula jadi, dilakukan dengan penuh kepekaan.”

Taman laut pertama di Singapura adalah Taman Laut Sisters’ Islands seluas 40 hektar – diumumkan pada 2014, dan tahun 2024 menandakan ulang tahunnya yang ke-10.

Sisters’ Islands terdiri daripada dua pulau – Big Sisters’ Island disebut orang Melayu sebagai Pulau Subar Laut, manakala Little Sister’s Island dipanggil Pulau Subar Darat, yang terletak tidak jauh dari Selat Singapura.

Dengan taman laut kedua, pengunjung ke pulau itu akan mempunyai lebih banyak peluang mempelajari tentang kepelbagaian kehidupan laut di perairan selatan, sambil menikmati kegiatan beriadah.

Menjelang 2025, sempadan taman laut yang dicadangkan itu, dijangka dimuktamadkan, selepas Lembaga Taman Negara (NParks) menyelesaikan perbincangan dengan agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat.

Perbincangan juga akan merangkumi jenis ciri dan kemudahan, seperti denai berjalan kaki, yang boleh dijangkakan pengunjung dari taman laut kedua.

Pihak berkuasa juga akan bekerjasama dengan pakar warisan, memandangkan sejarah Pulau Lazarus terikat dengan kehadiran orang laut dan penjajah Singapura, yang menjadikannya tempat pembuangan peluru senjata di pulau itu, tambah Encik Lee.

Taman laut pertama Singapura, terdiri daripada Pulau Subar Laut, Pulau Subar Darat dan terumbu barat Pulau St John dan Pulau Tekukor.

Pada separuh kedua tahun 2024, Pulau Subar Laut yang telah ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan sejak 2021 – akan dibuka semula kepada orang ramai, dengan ciri baru seperti denai hutan dan kolam pasang surut lagun, yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk sukan ‘snorkel’ atau selaman di permukaan air.

Pulau Lazarus dan Kusu berjarak 30 minit perjalanan dengan bot dari pangkalan Marina South Pier.

Kira-kira 60 peratus kawasan terumbu Singapura, telah terhapus akibat penambakan dan pembangunan tanah, menyebabkan terumbu yang sihat dan utuh kebanyakannya ditemui di pulau-pulau di selatan.

Perairan negara ini menjadi kediaman kira-kira 250 spesies karang keras pelbagai warna dan bentuk – kira-kira satu pertiga daripada lebih 800 spesies karang keras dunia.

Sehingga kini, 97 dan 141 spesies karang telah dilihat di terumbu Pulau Lazarus dan Pulau Kusu, termasuk yang jarang ditemui.

Bahagian selatan Pulau Lazarus mempunyai salah satu habitat pantai berbatu, yang masih ada di negara ini dan salah satu hutan pantai menengah matang terbesar.


Pulau ini juga mempunyai lagun celahan pasang surut yang besar, dengan hidupan seperti bintang laut yang berkelok-kelok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >