Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sekilas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

May 08, 2024 | 08:38 PM



Rang lindungi firma pengangkutan kritikal daripada gangguan
masa depan

Satu rang undang-undang baru yang bertujuan mempertingkatkan daya tahan perkhidmatan pengangkutan penting di Singapura, dan melindunginya daripada kemungkinan gangguan masa depan, telah diluluskan di Parlimen pada 8 Mei.

Perundangan baru itu akan mempertingkatkan lagi pengawasan kawal selia ke atas syarikat utama Singapura yang beroperasi dalam industri penerbangan, darat dan pengangkutan maritim.

Ia juga akan membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan memantau dan mengawasi pemilikan dan pengurusan syarikat-syarikat ini.

Menggariskan peruntukan utama bagi Rang Undang-Undang Sektor Pengangkutan (Firma Kritikal), Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata di bawah rang undang-undang itu, Akta Industri Perkhidmatan Bas, Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura, Akta Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura serta Akta Sistem Transit Rapid akan terus ditadbir oleh penguasa yang relevan.

Undang-undang baru itu akan memperuntuk entiti yang ditetapkan kepada kawalan dalam tiga bidang, iaitu pemilikan, pelantikan pengurusan, serta dalam operasi dan mendapatkan sumber mereka.







HSA semak semula hukuman undang-undang perkukuh langkah pencegahan
terhadap ‘vape’

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyemak semula hukuman undang-undang untuk mengukuhkan pencegahan terhadap pengiklanan, pengimportan dan pengedaran rokok elektronik, atau e-vaporiser, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen pada 8 Mei.


Beliau menambah bahawa HSA juga telah memantau penjualan haram alat vape elektronik yang dijual melalui wadah media sosial, e-dagang dan wadah pemesejan, dan menjalankan operasi untuk memadamkan kandungan yang berkaitan dengan vape.


Cik Rahayu berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), berkenaan strategi yang disediakan untuk mendampingi wadah media sosial dan iklan di media sosial bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya vape dan mencegah penggunaannya dalam kalangan belia.


Beliau juga menjawab soalan bertulis dari Dr Wan Rizal Wan Zakariah (AP GRC Jalan Besar) tentang langkah yang sedang dilaksanakan untuk memantau dan mengawal selia produk vape yang dipromosikan di wadah media sosial oleh pempengaruh. 


Beliau berkata bahawa meskipun Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan)  mengharamkan pengiklanan alat vape elektronik ini, seperti semua undang-undang dalam negara, Akta itu tertakluk kepada kandungan berkaitan vape yang diterbitkan di Singapura dan oleh individu berkaitan Singapura atau entiti. 


“Internet dan media sosial adalah sebuah ekosistem global, dan mempunyai undang-undang domestik yang mengharamkan kandungan atau iklan berbahaya tidak bermakna bahan-bahan itu tidak boleh datang dari sumber luar atau pempengaruh asing,” kata Cik Rahayu.


Beliau menekankan beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), termasuk membenarkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap wadah yang didapati mempunyai proses yang tidak mencukupi untuk mengesan dan memadam kandungan berkaitan vape.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >