Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Scoot kaitkan pembatalan penerbangan dengan kurang alat ganti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Scoot kaitkan pembatalan penerbangan dengan kurang alat ganti

May 09, 2024 | 06:06 PM



Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, telah mengaitkan gangguan penerbangan terbarunya dengan kekurangan alat ganti yang timbul daripada isu rantaian bekalan.

Ulasan barunya itu dibuat sehari selepas The Straits Times melaporkan pada 8 Mei bahawa 33 penerbangan Scoot yang dijadual berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Changi, dibatalkan dalam tempoh lima hari dari 2 Mei hingga 6 Mei.


Pada 7 Mei, dua penerbangan Scoot telah dijadualkan semula dan tiada pembatalan.

Pada 8 Mei, satu penerbangan Scoot telah dijadualkan semula dan juga tiada pembatalan.

Tiada penerbangan Scoot terganggu pada 9 Mei.

Dalam satu kenyataan kepada ST pada 9 Mei, Scoot, cabang tambang rendah Singapore Airlines (SIA), berkata:

“Scoot boleh mengesahkan bahawa beberapa penerbangan yang dijadualkan pada Mei 2024 dibatalkan atas pelbagai sebab operasi, termasuk ketiadaan pesawat kerana kekurangan alat ganti ekoran isu rantaian bekalan.”

Syarikat penerbangan itu berkata kekurangan tersebut menjejas industri penerbangan secara keseluruhan, tetapi tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai alat ganti dan jenis pesawat yang terjejas, atas alasan sensitiviti komersial. Ia juga tidak mengulas mengenai sebab operasi lain bagi pembatalan itu.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf sekali lagi atas kesulitan yang ditimbulkan dek gangguan tersebut sambil menambah bahawa ia secara proaktif menghubungi semua pelanggan yang terjejas, dan menempatkan semula kebanyakan mereka dalam penerbangan lain, termasuk di SIA dan Scoot.

Pelanggan juga boleh mendapatkan bayaran balik penuh untuk bahagian tiket mereka yang tidak digunakan, kata Scoot.

Encik Mayur Patel, ketua perundingan data penerbangan Asia OAG, berkata banyak syarikat penerbangan sedang menyemak jadual penerbangan mereka, kerana pembatalan yang disebabkan pemeriksaan dan pembaikan ekoran masalah daripada pembuatan pesawat, yang jarang berlaku dengan enjin jet Pratt & Whitney.

Scoot berkata pada Mac bahawa tiga daripada pesawat Airbus A320 telah dibatalkan penerbangannya disebabkan masalah daripada pembuatan. Bilangan pembatalan itu meningkat, daripada dua sebelum ini.

Namun kekurangan alat ganti, kata Encik Patel, boleh melangkaui enjin ke bahagian lain pesawat, seperti unit kuasa tambahan yang menjana elektrik dan kabin pesawat.

Beliau berkata adalah perkara biasa bagi isu rantaian bekalan sebegitu menyebabkan gangguan penerbangan di seluruh dunia.

Encik Patel menambah bahawa beberapa penyelesaian telah diusahakan, termasuk memanjangkan pajakan pesawat.

Ini telah dilakukan oleh Scoot ke atas beberapa pesawat A320 yang lama, untuk mengurangkan kesan penggantungan A320 dan memajak pesawat dan anak kapal daripada operator lain, bagi memastikan penerbangan diteruskan mengikut jadual.

Beberapa kru kabin dan juruterbang Scoot dahulu dan sekarang memberitahu ST tentang kemungkinan kekurangan tenaga kerja, dengan kru kabin dalam keadaan siap sedia dipanggil hampir 100 peratus pada masa itu.

Memetik masalah pekerja dan masalah enjin serta pesawat sebagai sebab yang mungkin mengakibatkan pembatalan penerbangan, penganalisis penerbangan menyatakan bahawa kekurangan pekerja juga telah menjadi masalah besar bagi industri penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >