Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rumah terbuka Istana sambut Raya, Hari Pekerja 21 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah terbuka Istana sambut Raya, Hari Pekerja 21 Apr

Apr 17, 2024 | 06:58 PM



Orang ramai boleh berkunjung ke Istana pada Ahad, 21 April bagi acara Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja.

Rumah terbuka dari 8.30 pagi hingga 6 petang itu akan menawarkan pengunjung persembahan langsung, gerai aktiviti dan barangan, gerai makanan dan lawatan ke pekarangan Istana.

Tarian pelbagai budaya dan lagu tradisional yang menggunakan alat muzik seperti angklung, kulintang, dan gamelan, akan dipersembahkan oleh pelajar dari beberapa sekolah, lapor The Straits Times (ST).


Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim, Sekolah Menengah Bukit Batok, Sekolah Menengah Fuhua, Sekolah Menengah Hougang, Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Sekolah Menengah Riverside, Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Menengah Yuan Ching dan Sekolah Menengah Yuhua.

Selain melihat-lihat dan membeli di gerai barangan yang menjual cenderahati Istana dan Cabaran Presiden edisi terhad, pengunjung juga boleh membeli di gerai barangan yang disediakan oleh tiga agensi perkhidmatan sosial – Club Heal, Persatuan Distrofi Otot Singapura (MDAS) dan Persatuan Ain, iaitu kumpulan sokongan untuk pesakit barah dan keluarga mereka.

Bagi urusan jual-beli, hanya pembayaran tanpa tunai diterima, melalui kad kredit atau debit, atau kod QR.

Lawatan berpandu ke bangunan utama Istana akan membawa pengunjung melihat beberapa bilik majlis dan beberapa koleksi hadiah negara yang disampaikan selama ini kepada pemimpin Singapura.

Ini akan disediakan setiap setengah jam dari 9.30 pagi hingga 5 petang.

Mereka yang berminat dengan flora dan fauna Istana boleh menyertai lawatan berpandu alam semula jadi kelolaan sukarelawan Lembaga Taman Negara (NParks) setiap jam dari 10 pagi hingga 4 petang.

Kedua-dua lawatan itu berharga sehingga $4 untuk warga Singapura dan penduduk tetap, dan sehingga $20 untuk semua pelawat lain, bergantung pada usia mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >