Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

RSAF dapatkan semula perakam data jet F-16 yang terhempas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF dapatkan semula perakam data jet F-16 yang terhempas

May 09, 2024 | 10:04 PM



Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah mendapatkan semula perakam data penerbangan pesawat F-16 yang terhempas pada 8 Mei, dan kini bekerjasama dengan pengilang jet pejuang itu, Lockheed Martin, untuk menyemak data tersebut.

Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan daripada Kementerian Pengangkutan juga akan menyokong siasatan itu.

Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 9 Mei.


Mindef turut menambah bahawa RSAF akan menyambung semula latihan penerbangan pada 10 Mei, kecuali bagi kumpulan jet F-16.

Ini menyusuli tempoh penggantungan latihan pada 9 Mei sedang komander di seluruh RSAF menjalankan semakan amalan keselamatan dan prosedur kontingensi.

Mindef berkata RSAF terus mengekalkan kesediaan operasinya demi melindungi langit Singapura setiap hari menggunakan aset udara dan daratnya yang lain.

Pada 12.35 tengah hari 8 Mei, jet pejuang F-16 RSAF terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas ia mengalami isu semasa berlepas.

Mindef melaporkan juruterbang jet itu bertindak mengikut prosedur kecemasan dan beliau berjaya melecitkan dirinya dari jet itu.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam satu catatan Facebook pada 8 Mei menambah bahawa juruterbang yang terlibat telah menjalani pemeriksaan perubatan penuh di hospital, termasuk imbasan CT yang mengesahkan juruterbang itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi akan diletak di bawah pengawasan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Hempasan jet F-16 RSAF ini adalah yang keempat sejak ia beroperasi dalam RSAF pada lewat 1980-an.

Kali terakhir jet pejuang RSAF terhempas adalah pesawat F-16C pada 19 Mei 2004 di Arizona, Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >