Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rangkaian sokongan bantu bekas pesalah berbakti kepada masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian sokongan bantu bekas pesalah berbakti kepada masyarakat

Apr 17, 2024 | 07:53 PM



Sekitar 30 ‘desistor’ akan dilatih dalam para-kaunseling dan kemahiran mengendali kumpulan kerja, yang akan menjadi rakan kongsi Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dalam penyampaian program dan penglibatan banduan.

‘Desistor’ adalah istilah yang digunakan untuk seseorang yang telah dibebaskan dari penjara dan kekal bersih daripada jenayah termasuk dadah.

Rangkaian ‘desistor’ (DN) menyediakan ruang yang selamat dengan para ‘desistor’ dapat memberi sokongan antara satu sama lain.

Pada 2024, DN akan memberi tumpuan kepada membangun masyarakat bekas pesalah yang perkasa, terlibat dan terus berbakti.

Ia akan dicapai melalui tiga bidang tumpuan khususnya melalui peningkatan hubungan ‘desistor’ dengan masyarakat melalui sesi rangkaian biasa dan kegiatan sokongan ‘desistor’.

Mereka juga akan diperkasa dengan meningkatkan kemahiran melalui latihan bimbingan dan kerja berkumpulan.

Pengalaman, pengetahuan dan bakat mereka akan turut dimanfaatkan untuk membantu mereka menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

DN telah menghasilkan direktori mengenai kegiatan sokongan ‘desistor’ yang tersedia dalam masyarakat yang dapat bekas pesalah sertai selepas dibebaskan.

Direktori itu juga disediakan kepada banduan melalui tablet Pendigitalan Alat Pemulihan dan Pembetulan Penghuni (Direct).

Ia khusus untuk banduan mengetahui adanya sokongan sedemikian dalam masyarakat sebelum dibebaskan.

Sehingga April 2024, terdapat 45 kegiatan sokongan ‘desistor’ yang tersedia untuk mereka sertai.

Antaranya ialah sesi perbincangan bersama BapaHebat SG, pertubuhan menyokong para bapa dalam perjalanan ke arah menjadi bapa yang lebih baik dengan terlibat dan hadir dalam keluarga mereka.

Di samping itu, ada juga kelas agama mingguan bersama Nisa’ Hope Network, kumpulan sokongan pemulihan untuk bekas pesalah wanita.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim turut hadir pada acara 17 April itu.

Ia diadakan untuk menyambut ulang tahun pertama DN bersama 21 anggota Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan Berhad (Iscos), sebuah pertubuhan yang menyokong penyepaduan semula bekas pesalah.

DN, bersama tujuh agensi rakan kongsi, akan membangunkan panduan amalan terbaik bagi memudahkan pertumbuhan kumpulan sokongan dalam masyarakat pada separuh pertama 2024.

Platform Amalan Komuniti (CoP) akan dilancarkan untuk memudahkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pemimpin dan fasilitator kumpulan sokongan bagi bekas pesalah serta rakan kongsi.

“Kami ingin platform ini untuk menjadi wadah perkongsian antara bekas pesalah dan pertubuhan-pertubuhan dalam rangkaian ‘desistor’.

“Saya akur bahawa proses ini bukan mudah. Namun, kami percaya bahawa ia merupakan satu usaha yang bermakna kerana kami inginkan kehidupan yang lebih baik untuk bekas banduan,” kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >