Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rangkaian jurutera dilancar bagi galak pembangunan profesional

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian jurutera dilancar bagi galak pembangunan profesional

Jan 27, 2024 | 04:33 PM



Satu rangkaian baru untuk jurutera Melayu/Islam dan pelajar kejuruteraan telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Januari untuk menggalak jurutera berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka, serta membantu satu sama lain dalam pembangunan profesional.

Digelar Rangkaian Jurutera Jazari (Jen), inisiatif yang disokong oleh AMP Singapura itu juga bertujuan menyediakan bimbingan kerjaya kepada pelajar kejuruteraan dan lulusan baru, serta menggalak ahli untuk menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka kepada masyarakat.

Berucap di majlis pelancaran Jen di Holiday Inn Singapore Atrium di Outram, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memuji usaha AMP dan Jen dalam mewujudkan platform bagi jurutera Melayu/Islam tempatan untuk bekerjasama dan berkongsi pengalaman berharga.

“Sebenarnya dalam kalangan anda hari ini, bukan sahaja veteran, tetapi juga orang-orang terkemuka di dalam sektor mereka. Lihat kepada mereka dan belajar dari mereka. Mereka telah membina sistem dan projek besar. Manfaatkan pengalaman mereka.

“Saya juga gembira kerana terdapat jurutera wanita di Jen. Dan ini adalah bukti keinginan kita untuk menyokong lebih ramai wanita untuk bekerja dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem),” kata Encik Masagos.

Rangkaian Jen yang bermula dengan kira-kira 60 jurutera pada 2017 telah berkembang kepada lebih daripada 200 anggota sehingga kini, dan menarik minat daripada pengamal berpengalaman, pemimpin industri, jurutera muda, serta mahasiswa dan pelajar dari pelbagai bidang kejuruteraan.

Semasa acara itu, rangkaian itu turut melancarkan Buku Panduan Masjid Hijau, panduan komprehensif yang memberikan pandangan berharga dan amalan terbaik untuk pihak berkepentingan seperti lembaga pentadbir masjid dan kakitangan untuk membina masjid pintar yang mampan.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usahanya menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada organisasi komuniti dengan penyelesaian kejuruteraan.

“Buku Panduan Masjid Hijau merupakan cabaran yang diberikan kepada kami oleh mantan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar ketika itu, Profesor Yaacob Ibrahim, yang juga seorang jurutera. Beliau mencadangkan jurutera Jen mempertimbangkan menerbitkan buku panduan untuk membangunkan ‘masjid pintar’ khususnya dalam persekitaran bandar.

“Kami menyahut cabaran dan menerusi penyertaan lebih 15 jurutera daripada disiplin yang berkaitan, melalui pelbagai pusingan perbincangan dan mesyuarat selepas waktu bekerja akhirnya kami dapat menyusun segala-galanya untuk diterbitkan,” kata pengerusi Jen, Encik Ghazali Embi.

Semasa acara itu, Program Pementoran Profesional AMP-Jen turut dilancarkan untuk memberikan peluang bagi jurutera muda dibimbing oleh profesional berpengalaman, dengan tujuan memperkasakan mereka dalam mengharungi industri kejuruteraan dan membina kerjaya yang berjaya.

“Kami mahu menjemput jurutera veteran dalam industri untuk menjadi mentor kepada jurutera muda ketika mereka sedang mula mengembangkan kerjaya dan kepakaran.

“Kami gembira kerana 25 jurutera veteran telah tampil untuk menjadi mentor kepada 38 menti dalam fasa pertama program ini yang akan berlangsung selama enam bulan,” kata Encik Ghazali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >