Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penduduk miskin raih manfaat dari projek Bingkisan Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA

Penduduk miskin raih manfaat dari projek Bingkisan Ramadan

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Melalui acara tahunannya, Bingkisan Ramadan, Attawasol Insaniy Singapura gigih membantu mereka yang memerlukan, khususnya warga Islam miskin di Indonesia.

Badan tempatan ini, mengajak orang ramai bersama-sama merealisasikan harapan penduduk yang memerlukan, pelajar dan anak-anak syurga di rumah kebajikan, dengan memberi bantuan kepada mereka sambil manfaatkan kebaikan dan memburu lailatulqadar.

Malam lailatulqadar dikenali juga sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Setiap amalan akan dilipat kali gandakan. Dengan itu, inilah peluang beramal demi mendapatkan saham akhirat yang dijanjikan Allah swt.


Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, berkongsi:

“Apa yang kami usahakan adalah sesuatu yang tidak lain, hanya ingin mengundang pandangan rahmat Allah swt bersama-sama jemaah yang menaburkan ihsan. Dan ini adalah usaha mulia untuk menaiktaraf mutu kehidupan penerima pengagihan, sering sekali saya mendengarkan rintihan doa-doa yang terbaik daripada yang mereka lantunkan untuk penderma.”


Attawasol Insaniy terus menyantuni ibu-ibu tunggal yang lanjut usia, keluarga miskin dan fakir, pelajar/santri dan anak panti asuhan (yatim piatu) agar mereka berupaya menikmati iftar/buka puasa serta sahur yang lebih sihat dan lazat, lantas dapat menjalani bulan Ramadan dengan penuh kesyahduan dan kekhusyukan.

“Pengagihan makanan iftar dan sahur kepada penerima agihan di Indonesia telah bermula. Tahun ini berbeza kerana kami tidak dapat bersama untuk mengagihkannya seperti tahun-tahun yang sudah tetapi kami tidak mengecewakan penerima agihan yang berharap akan bantuan kami, rakan-rakan sukarelawan yang berada di Indonesia telah menjalankan amanah ini,” jelas Ustaz Dr Leyaket yang sudah 19 tahun melaksanakan kegiatan murni ini.

Dengan kemurahan hati penyumbang, tiap-tiap tahun sumbangan iftar dan kambing iftar telah pun diagihkan kepada tempat-tempat yang dikenal pasti kekurangannya dan Attawasol Insaniy pastikan mereka adalah golongan yang benar-benar memerlukan.

Tahun ini, senarai tumpuan Attawasol Insaniy adalah di tempat masyarakat perkampungan pedalaman dan pergunungan di Jogjakarta di Kulon Progo, Sleman, Panti Asuhan Daarut Taqwa (Rumah Anak Yatim kelolaan Attawasol Insaniy Singapura), Pesantren Daarut Tauhied, Purworejo (Pesantren kerjasama Khidmat Khatam Al-Quran) juga di kota Bondowoso, Kalimantan, penduduk kampung di Kepulauan Riau dan Pesantren Rubat Al-Ghanna, Banten.

Attawasol Insaniy juga menawarkan khidmat pembacaan Al-Quran untuk khatam secara individu dan jamak, serta pembacaan tahlil setiap hari untuk arwah-arwah tersayang.

Untuk khidmat ini, sijil tanda pelaksanaan pembacaan seluruh 30 Juzuk Al-Quran atas nama-nama arwah (individu) dan qari akan dikirimkan pada akhir bulan Syawal kepada peserta menerusi pos.

Ustaz Dr Leyaket mendoakan:

“Semoga Allah swt menerima, memberkati semua sumbangan dan amal ibadah dan mudah-mudahan menjadikan ia sebagai penyebab bagi terkabulnya semua hajat dunia dan akhirat.”


Semua khidmat Ramadan akan ditutup pada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadan 1445 Hijrah, kecuali fidyah, wakaf pembinaan rumah anak yatim dan badal Haji.

Untuk pertanyaan, hubungi talian 6344-6334, 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547. Untuk tempahan dalam talian dan maklumat lanjut, sila lungsuri tinyurl.com/khataman2024.

Anda juga dapat melihat perkembangan pengagihan Attawasol Insaniy Singapura di laman Facebook: Attawasol Insaniy Singapore dan Instagram @attawasolinsaniy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >