Walaupun sudah berpindah ke estet perumahan pada tahun 1950-an, kehidupan di Estet Princess Elizabeth di kawasan Hillview benar-benar bak tinggal di kampung bagi Encik Johar Anuar yang ketika itu masih kanak-kanak lagi.
Jiran tetangga dan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang, kaum dan agama selalu bergotong-royong membantu satu sama lain dan meraikan perayaan, katanya.