Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Mahasiswa NTU rancang edar dadah dihukum enam tahun penjara, lima sebatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahasiswa NTU rancang edar dadah dihukum enam tahun penjara, lima sebatan

May 08, 2024 | 06:05 PM



Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan lima sebatan, selepas didapati mempunyai lebih 100 gram ganja di kawasan kampus, dan merancang mengedarnya.

Muhammad Izzat Mazlan, 25 tahun, ditahan pada 2022 di tempat letak kereta di institusi itu.

Pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) menemui dadah itu dalam motosikalnya yang diletak berhampiran.

Dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah dan menerima hukuman minimum mandatori kerana mengedar dadah terkawal pada 8 Mei.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara satu tahun kerana menghisap ganja dan dipenjara dua tahun dan enam bulan kerana memiliki ganja yang ditemui di rumahnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman pemilikan dadah berjalan serentak dengan dua hukuman lain.

Lima pertuduhan lain di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ryan Lim, memberitahu mahkamah Izzat ditahan di sebuah tempat letak kereta di Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal pada 20 Oktober 2022 sekitar 6.45 petang.

Pegawai CNB menggeledah motosikalnya dan menemui empat blok bahan sayuran yang dibungkus dalam plastik.

Mereka kemudian mengiringi Izzat ke rumahnya pada hari yang sama, dan menemui lima blok bahan sayuran, juga dibungkus dalam plastik.

Analisis oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mendapati bahawa bahan dalam motosikalnya itu mengandungi tidak kurang daripada 101.59 gram ganja.

DPP Lim berkata Izzat mengambil dadah daripada seorang pembekal dan berhasrat memberi kepada sekurang-kurangnya seorang lagi.

Bahan yang ditemui di rumahnya didapati mengandungi tidak kurang daripada 132.19 gram ganja dan sebahagiannya adalah untuk kegunaan peribadi Izzat, tambah pendakwa raya.

Izzat mengaku dia menghisap ganja kira-kira empat kali seminggu sejak awal 2021.

“Dia mendakwa mendapat bekalan baru-baru ini daripada seorang individu di Singapura yang dia kenali melalui rakan bersama,” kata DPP Lim.

Semasa menjatuhi hukuman, Hakim Daerah Crystal Tan maklum akan rekod bersihnya dan usianya yang agak muda.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap NTU berkata ia akan memulakan prosiding disiplin dan menyemak kedudukan Izzat berikutan kes itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >