Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki dijel 34 tahun setengah; guna 2 anak kecil sebagai ‘karung tinju’, bunuh budak usia 5 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 34 tahun setengah; guna 2 anak kecil sebagai ‘karung tinju’, bunuh budak usia 5 tahun

Apr 30, 2024 | 09:11 PM



Ayeesha baru berusia lima tahun ketika dia meninggal dunia di dalam tandas rumahnya akibat mengalami kecederaan di kepala selepas bapanya, yang pernah menjalani latihan seni mempertahankan diri, memukulnya secara berterusan tanpa belas kasihan.

Setelah tubuh kecilnya cedera parah dan dia akhirnya meninggal dunia pada 2017 selepas didera selama dua tahun, tubuhnya dipenuhi pelbagai parut, kesan luka dan kecederaan luaran yang lain.

Ayeesha juga mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.

Bapa kandungnya mula menganiaya Ayeesha dan adik lelaki mangsa, yang berusia setahun lebih muda, pada 2015, lapor The Straits Times (ST).


Dia tidak memberi makanan yang mencukupi kepada kededua anak kecilnya, menyebabkan Ayeesha, yang baru berusia tiga tahun ketika itu dan adik lelakinya, terlalu lapar sehingga kededua mereka makan najis sendiri, selain isi kandungan tilam.

Kededua adik-beradik itu berada di bawah persentil ketiga bagi lingkungan usia mereka. Ini bererti sebanyak 97 peratus daripada kanak-kanak lain dalam lingkungan usia mereka, mempunyai tubuh lebih besar dan lebih berat daripada mereka.

Selain kekurangan zat makanan yang teruk, adik Ayeesha didiagnos menghidap kelewatan pembangunan global (GDD) akibat kekurangan aktiviti sosial.

Dia terpaksa menjalani fisioterapi, terapi kegiatan, dan terapi pertuturan.

Ketika dimasukkan ke hospital selepas diselamatkan, mangsa lelaki itu tidak mampu berdiri sendiri walaupun berusia hampir empat tahun.

Mangsa menghabiskan masa lebih tiga bulan di hospital, sebelum beransur sihat untuk ditempatkan dalam khidmat jagaan anak titipan.

Pada 30 April, lelaki berusia 44 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun setengah dan rotan 12 kali oleh Mahkamah Tinggi – hukuman berat yang belum pernah dijatuhkan sebelum ini.

Lelaki itu mengaku bersalah selepas tuduhan terhadapnya dikurangkan kepada homisid kerana menyebabkan kematian anak perempuannya, empat tuduhan mendera anaknya, dan satu tuduhan menghapus bukti.

Sebanyak 20 lagi pertuduhan bagi kesalahan mendera anaknya dan berbohong kepada polis, diambil dalam pertimbangan.

Dia yang pada mulanya didakwa membunuh anaknya, dibicarakan pada Julai 2023.

Semasa perbicaraan, dia menerima tawaran pihak pendakwaan untuk meminda tuduhan terhadapnya.

Kededua mangsa adalah anaknya hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Dia berkahwin dengan isteri keduanya, 33 tahun, yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun hasil perkahwinan terdahulu wanita tersebut pada 2015.

Dia dan isteri keduanya mempunyai tiga anak hasil perkahwinan mereka.

Lelaki itu tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak lelakinya, yang dapat diselamatkan daripada terus menjadi mangsa penderaan.

Hakim Aedit Abdullah, bagaimanapun, menarik balik perintah larangan berhubung nama anak perempuannya “agar masyarakat mengingatinya”.

Kededua mangsa tersebut mengalami penderaan fizikal yang “sadis dan kejam”, dan mengalami trauma mental dan emosi, kata hakim.

Dalam satu video, daripada kamera litar tertutup (CCTV) keluarga tersebut, yang ditunjukkan di mahkamah, lelaki itu membuat sekurang-kurangnya 86 pukulan kuat ke atas Ayeesha dalam serangan selama 16 minit pada 27 Mac 2016.

Lelaki itu menyerang Ayeesha dalam keadaan marah ketika dia menukar lampin mangsa, selepas kanak-kanak itu melumurkan sedikit najisnya pada dinding rumah.

Dalam video itu, Ayeesha dan adiknya kelihatan hanya memakai lampin, dan diletakkan di “sudut nakal” flat satu bilik itu.

Kededua kanak-kanak itu dikurung dalam tandas dan hanya dibenarkan keluar untuk makan atau ketika lelaki itu dan isterinya ingin menggunakan tandas.

Dalam video itu, bapanya berulang kali menampar Ayeesha, menumbuk mukanya, menendangnya dan merotannya, sedang kanak-kanak itu menangis dan meraung ketakutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >