Lulusan politeknik baru menikmati gaji lebih tinggi dan mempunyai prospek pekerjaan lebih baik pada 2023, menurut tinjauan yang dijalankan oleh lima politeknik di Singapura.
Dapatan Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) yang didedahkan pada 12 Januari menunjukkan bahawa hampir 60 peratus lulusan politeknik memperoleh pekerjaan tetap sepenuh masa pada 2023, naik daripada 59 peratus pada 2022 dan kira-kira 58 peratus pada 2021.
Secara keseluruhan, 92.7 peratus lulusan politeknik menerima tawaran pekerjaan tetap, bebas atau sambilan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian atau Perkhidmatan Negara (NS) pada 2023.
Bilangan itu meningkat daripada 91.8 peratus pada 2022, peningkatan berterusan dalam prospek pekerjaan sedang ekonomi Singapura beransur pulih daripada pandemik Covid-19.
Median gaji kasar bulanan lulusan dalam pekerjaan tetap sepenuh masa meningkat sebanyak $200 daripada $2,600 pada 2022 kepada $2,800 pada 2023.
Lulusan kluster kursus Sains Kesihatan, Kemanusiaan dan Sains Sosial serta Maklumat dan Teknologi Digital menerima gaji lebih tinggi daripada lulusan kursus lain.
Sejumlah 8,065 daripada 10,757 lulusan baru pada 2023 menyertai tinjauan tersebut. Mereka ditanya tentang status pekerjaan pada 1 Oktober 2023 – kira-kira enam bulan selepas tamat pengajian.
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah
Ketika di lebuhraya mata lebih lena dari tidur di tilam empuk tanpa peduli siapa pemandunya
Ketika di atas awan perut lebih berselera dari makan di meja restoran tanpa peduli siapa juruterbangnya
Ketika
Setiap hari adalah Hari Ibu buat pelakon telefilem Hari Ibu, Mama Drama Queen, Deanna Manto.
Justeru, setiap apa yang baik dilakukan tiga anaknya yang berusia antara lapan hingga 19 tahun, mudah
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang

Seramai 5,055 daripada 8,739 lulusan 2020 yang menamatkan NS sepenuh masa antara 1 April 2022 dengan 31 Mac 2023 turut ditinjau.
Bercakap bagi pihak jawatankuasa GES Politeknik, pengetua Politeknik Republik (RP), Cik Jeanne Liew, berkata:
“Keyakinan yang ditunjukkan oleh majikan terhadap lulusan politeknik kami terbukti dalam pertumbuhan gaji dan kadar pekerjaan yang stabil.
“Hubungan industri yang teguh dan kurikulum progresif kami telah menghasilkan lulusan yang boleh menyesuaikan diri dan berdaya tahan.”
Kadar pengangguran turun daripada 8.2 peratus pada 2022 kepada 7.3 peratus pada 2023. Pada kemuncak pandemik pada 2020, kadar itu sebanyak 12.6 peratus.
Hasil tinjauan mendapati 5 peratus daripada mereka yang ditinjau pada 2023 bekerja secara bebas dan 28 peratus bekerja sementara atau sambilan.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kira-kira separuh daripada lulusan politeknik dalam pekerjaan sambilan atau sementara sedang menjalankan atau bersiap sedia melanjutkan pelajaran.
Ekonomi Singapura tumbuh sebanyak 3.6 peratus pada 2022 sejak pulih daripada pandemik. Pada 2023, pertumbuhan ekonomi merosot kepada 1.2 peratus.