Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih besar, lebih meriah di bazar Raya MakBesar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAKBESAR PTE LTD

Lebih besar, lebih meriah di bazar Raya MakBesar

Festival gah di Our Tampines Hub 23 Mac hingga 7 April
Mar 29, 2024 | 05:31 AM



Kerinduan acara bazar Raya MakBesar yang dinanti-nanti akhirnya terubat. Tahun ini, buat kali pertama MakBesar bekerjasama dengan Our Tampines Hub (OTH), menganjurkan festival bazar Raya dari 23 Mac hingga 7 April 2024, khas untuk anda!

Dengan skala lebih besar, berbanding tahun sebelumnya, acara yang dikenali sebagai OTH Hari Raya Food Bazaar ini, berlangsung ketika masyarakat Islam sedang menantikan debaran Aidilfitri, setelah hampir separuh waktu menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Daripada pelbagai rekaan fesyen kepada variasi makanan sedap, pengunjung disajikan dengan lebih daripada 20 jenama fesyen serta runcit dan 18 gerai makanan, yang masing-masing menawarkan perspektif unik untuk dinikmati oleh pembeli.

PELBAGAI VENDOR

Lebih menarik lagi, acara yang bertempat di Our Tampines Hub, Central Plaza, ini dijangka lebih meriah dengan kemasukan pelbagai vendor menarik dari dalam dan juga luar negara.

Semestinya, OTH Hari Raya Food Bazaar bakal menjadi tumpuan dengan kehadiran vendor luar yang digemari seperti kedai otak-otak terkenal dari Johor Bahru, Mr Noh Food Pte Ltd, dan Bayu Somerset, produk fesyen tersohor dari Kuala Lumpur, yang hanya menyertai acara bazar Singapura bersama MakBesar.

Bazar ini turut menampilkan vendor baru, Balang Kepalang oleh Andy Idris, seorang pelakon dan seorang bekas penerbit Mediacorp, membawakan pelbagai menu minuman sejuk yang menyegarkan. Malah, sebuah jenama barang kemas antarabangsa turut diterbangkan khas dari Jaipur, Abdul Jaipur Jewellery India, menawarkan rekaan istimewa dan harga eksklusif buat pengunjung OTH Hari Raya Food Bazaar.

Selain jenama popular tersebut, sambutan bazar ini turut diwarnai dengan penyertaan vendor makanan seperti Pedot Lamb Grill, Minom Sg X Crombcrumb, Sharifah Cookies Sg, Dapur Tako, KKMY, Mak Dara, Deram Pop, Brewmen’s Signature, Yummy Takoyaki, Vadai Queen Sg, Hezom Xpress, D’Donuts, Dapor Oma Jedda by TSC, Dranks X Nasib Kentang, Mencanbake X Dapur_Affair dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, kunjungan anda bakal diserikan dengan jenama rekaan, pakaian, aksesori, kecantikan seperti Marina Mikail, Hanan Amada, Ladyn X BYFH.Co, Luxury Scent Asia, Love Nature Pte Ltd, PropUpStore by Fatimah Mohsin, Kemaree dan Teman Jiwa.

Dengan suasana Aidilfitri yang kian terasa, peminat permaidani juga pasti tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan permaidani Raya dengan harga jimat dalam Live ‘Carpet Lelong’ di tapak jualan Fotohi Carpet Gallery, terutamanya pada 6 April.


‘SHOPPING” RAYA

Mengajak orang ramai hadir ke OTH Hari Raya Food Bazaar, Pengarah MakBesar Pte Ltd, Cik Haryani Othman, berkata: “Sedar atau tidak, masa berlalu dengan sangat pantas, dan ini menandakan musim Lebaran juga akan tiba tidak lama lagi.

“Jangan pening kepala memikirkan persiapan Raya, terus sahaja datang ke OTH Hari Raya Food Bazaar untuk membeli barangan, yang berbaloi digayakan pada hari istimewa Aidilfitri anda.

“Kawasan bazar ini juga strategik kerana pengunjung boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk menjejak kaki ke sini. Turut disediakan pelbagai kemudahan lain seperti tempat duduk dan ruang makan kepada orang ramai. Percaya atau tidak, anda juga boleh mendapatkan makanan dengan harga serendah $3. Bukan itu sahaja, senarai peniaga juga bertukar setiap lapan hari. Jadi, ayuh ramai-ramai berkunjung ke bazar kami kali ini bersama rakan-rakan dan saudara-mara anda!”

Gamatkan lagi suasana Raya anda dengan berkunjung ke Our Tampines Hub, Central Plaza, dengan memuat naik swafoto berserta tanda pagar #MakBesarSG #MakBesarRaya dan tag mereka di@makbesarsg (IG) atau @themakbesar (TikTok).

Kunjungi OTH Hari Raya Food Bazaar 2024 dari 3 petang hingga 10 malam (hari biasa) dan 12 tengah hari hingga 10 malam (hari minggu).

Hubungi kumpulan MakBesar di talian 8292-4739 untuk pertanyaan.

Bagi maklumat lebih lanjut, e-mel kepada hani@makbesar.com atau aidil.arsad@makbesar.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >