Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ketua Pengarah MFA mengaku bersalah beri maklumat palsu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua Pengarah MFA mengaku bersalah beri maklumat palsu

Apr 26, 2024 | 05:58 PM



Seorang ketua pengarah di Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengaku bersalah pada 26 April kerana memberi maklumat palsu kepada seorang penjawat awam.

Gilbert Oh Hin Kwan, 45 tahun, mengaku dia telah berbohong kepada timbalan setiausaha (pengurusan) MFA ketika itu, Encik Ong Eng Chuan, pada 19 Januari 2023 lapor The Straits Times.


Dua tuduhan menipu yang dihadapi Oh yang melibatkan penggunaan perkhidmatan beg diplomatik akan dipertimbangkan waktu penjatuhan hukuman.

Beg diplomatik digunakan untuk menghantar surat-surat rasmi dan barangan ke dan dari kementerian dan pejabat luar negara, seperti kedutaan atau konsulat.


Ia dimeterai dan dilindungi oleh imuniti diplomatik dan tidak boleh dibuka, diperiksa atau dirampas oleh pegawai Kastam.


Oh mula terbabit dengan perundangan Singapura apabila dia ingin membantu rakan wanitanya, yang merupakan warganegara China, menghantar jam tangannya dari China ke Singapura.

Pihak pendakwaan berkata, rakannya, yang dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai Cik Jiang Si, bukanlah seorang diplomat.

Pada 12 Januari 2023, Oh menghubungi rakan kerjanya, Encik Dion Loke Cheng Wang, yang ketika itu bertugas di kedutaan Singapura di Beijing, dan berbohong kepada beliau dengan mendakwa bahawa ibu bapa rakannya – seorang diplomat China – ingin menghantar “sesuatu dalam bungkusan” kepada Oh di Singapura.

Oh meminta bantuan Encik Loke untuk menghantarnya dari Beijing ke Singapura melalui perkhidmatan beg diplomatik dan Encik Loke menyetujui.

Oh juga memberikan alamat kediaman Encik Loke di Beijing kepada Cik Jiang yang mengatur untuk bungkusan berkenaan dihantar kepada Encik Loke.

Bungkusan itu mengandungi 21 jam tangan mewah, sebentuk cincin, dan kira-kira tujuh buku kanak-kanak, milik Cik Jiang dan pasangannya Encik Liu Liang. Pihak pendakwaan tidak mendedahkan nilai keseluruhan barangan tersebut.


Pada masa itu, Oh tidak mengetahui bilangan jam tangan atau kandungan sebenar bungkusan itu.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan Pei Wei, memberitahu mahkamah: “Encik Loke tidak mengatur untuk menghantar bungkusan itu ke Singapura melalui perkhidmatan beg diplomatik kerana ia digantung pada masa itu.

“Pada 17 Januari 2023, Encik Loke menaiki penerbangan dari China ke Singapura dan membawa bungkusan itu di dalam bagasi peribadinya.”

Kira-kira sebelum 12 tengah malam, bungkusan itu diketahui apabila pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan Encik Loke dari melakukan pemeriksaan beg.


“Dion memberitahu pegawai berkenaan dia tidak mengetahui kandungan bungkusan itu (dan bahawa) dia telah menerimanya daripada seorang diplomat China dan membawanya kembali untuk (Oh),” kata DPP Tan.


Perkara itu kemudiannya dirujuk kepada pihak polis dan Encik Loke disoal siasat di tempat kejadian. Dia dibebaskan sekitar 4 pagi.


MFA dimaklumkan tentang hal itu pada pagi 19 Januari 2023. Encik Ong meminta Oh untuk memberikan akaun bertulis mengenai alasan mengapa Encik Loke membawa bungkusan dan jam tangan itu ke Singapura.

Oh menjadi bimbang tentang tindakan disiplin yang akan diambil terhadapnya kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada kerjayanya.

Dia memutuskan untuk memberitahu MFA bahawa jam tangan itu adalah milik bapanya kerana dia percaya pihak kementerian akan berlembut dalam hal itu.


Oh kemudian memberitahu bapanya bahawa dia berniat untuk memberitahu MFA bahawa jam tangan itu adalah milik bapanya dan dia yang meminta unuknya dibawa ke Singapura.


Dalam e-mel kepada Encik Ong kira-kira jam 6.30 petang hari itu, Oh berbohong bahawa jam tangan itu milik bapanya; dan beliau telah meminta agar Oh membantunya membawa jam tangan ini ke sini.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mula menyiasat kes itu pada 19 Jan 2023. Dalam kenyataan pertamanya, Oh tetap berbohong namun, sebelum 10.30 pagi keesokan harinya, beliau mendedahkan perkara sebenar dalam kenyataan keduanya.

DPP Tan telah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara $6,000 dan $9,000 kepada Oh, sambil menambah bahawa pembohongannya tidak membazir sumber penyiasatan memandangkan dia mengaku kepada CPIB dalam tempoh 24 jam.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, MFA berkata bahawa Oh telah bercuti tanpa gaji semasa siasatan sedang dijalankan. Mereka tidak menyatakan bila siasatan bermula.

Oh diwakili peguam Shashi Nathan dan Harjeet Kaur dari Withers KhattarWong yang meminta agar anak guam mereka dikenakan denda kurang daripada $5,000.

“Dalam tempoh 17 tahun dia bekerja dengan cemerlang bersama MFA, ini merupakan kali pertama dia melakukan kesilapan,” kata mereka dalam dokumen mahkamah.


“Niatnya hanya untuk membantu rakan yang memerlukan. Dia tidak mempunyai niat jahat atau faedah peribadi untuk diperolehi.”


Pada 26 April, Encik Nathan berkata, anak guamnya menawarkan untuk meletak jawatan pada 25 April dan perkara itu masih belum selesai.

Oh akan dijatuhkan hukuman pada 20 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >