Dalam perjalanan ke Jordan pada 16 Mac lalu, saya merenung nasib penduduk Gaza yang kini hidup dalam kesengsaraan.
Saya menjenguk sebentar ke luar tingkap pesawat dan membayangkan bagaimana bantuan kemanusiaan keluar dari pesawat untuk dihantar kepada mereka yang terjejas dalam konflik yang seperti tiada kesudahannya.