Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Indranee: Tiada rancangan tambah nilai baucar sewa bagi keluarga tunggu flat BTO

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indranee: Tiada rancangan tambah nilai baucar sewa bagi keluarga tunggu flat BTO

Apr 02, 2024 | 05:33 PM



Pihak berkuasa pada masa ini tidak merancang menaikkan had pendapatan $7,000 di bawah skim yang menyediakan rumah sementara bagi keluarga yang menanti flat Bina Ikut Tempahan (BTO), atau menambah nilai baucar untuk menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di pasaran terbuka.

Demikian menurut Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah.

Bagaimanapun, keluarga dengan pendapatan melebihi $7,000 sebulan yang mempunyai perbelanjaan tambahan disebabkan keadaan luar biasa, contohnya, perbelanjaan perubatan tinggi, boleh menghubungi HDB untuk mendapatkan bantuan, katanya kepada Parlimen pada 2 April.

Permohonan bantuan sedemikian akan dipertimbang berdasarkan kes, menurut The Straits Times (ST).


Keluarga yang mempunyai flat belum siap yang dibeli melalui pelancaran flat HDB, boleh memohon rumah sewa sementara di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS).

Mereka juga berpeluang memanfaatkan baucar sewa PPHS bernilai $300 sebulan untuk mengurangkan kos sewa flat atau bilik HDB di pasaran terbuka dari Julai 2024 hingga Jun 2025.

Daya usaha tersebut memberi lebih banyak sokongan kepada keluarga tersebut, sedang HDB berusaha menggandakan bekalan flat sewa sementara di bawah skim itu, daripada 2,000 flat sekarang kepada 4,000 flat menjelang 2025.

Encik Louis Chua (GRC Sengkang), dari Parti Pekerja (WP), bertanya sama ada pemerintah akan mempertimbang menaikkan had pendapatan bagi keluarga yang ingin menggunakan baucar sewa tersebut.

Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar), dari Parti Tindakan Rakyat (PAP), bertanya sama ada kementerian itu akan mempertimbang menawarkan baucar sewa bernilai lebih $300 sebulan untuk keluarga bergaji rendah yang tinggal di flat lebih kecil.

Cik Indranee berkata had pendapatan $7,000 menyasarkan sokongan kepada keluarga yang mempunyai kurang pendapatan boleh guna untuk menyewa flat di pasaran terbuka.

Beliau menambah bahawa nilai baucar tersebut dipertimbang dengan teliti untuk membantu keluarga yang layak mengurangkan kos sewa flat, dan pada masa yang sama, mengurangkan kesan inflasi yang mungkin timbul dalam pasaran flat sewa.

Jika layak mendapatkan sokongan setahun penuh, keluarga boleh menerima sehingga $3,600.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >