Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Habuan TAA 2024 lebih tinggi kepada penerima bantuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Habuan TAA 2024 lebih tinggi kepada penerima bantuan

Mar 29, 2024 | 05:50 AM



Dilahirkan tanpa lutut dan betis serta pembangunan tulang paha yang terbantut, Cik Nuralysya Abdul Hamid, pesakit sindrom femoral facial, merupakan antara penerima bantuan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun 2024.

Cik Nuralysya, 21 tahun, juga berbibir sumbing yang turut menjejas pertuturannya, tinggal di flat dua bilik bersama ibunya yang berkerusi roda.

Tahun ini, beliau dipilih menjadi penerima yang dipaparkan di dalam poster Kempen Dana TAA.

Kempen dilancarkan dengan tema ‘Utamakan Zakat, Banyakkan Sedekah’ pada 8 Mac lalu di mana, Encik Mohd Anwar Tahar, usahawan tempatan, telah dilantik sebagai Duta Amal TAA.

Cik Nuralysya, merupakan antara 3,100 penerima bantuan tahun ini, dengan setiap penerima akan mendapat habuan sebanyak $450.

Jumlah ini adalah yang tertinggi yang pernah diagihkan oleh TAA. Tahun lalu, TAA memberikan habuan sebanyak $400 setiap seorang.

Menurut Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria Attia, memandangkan kedudukan kewangan TAA yang mantap dan sokongan daripada masyarakat yang kuat, “ini mendorong TAA memberikan habuan yang lebih tinggi pada bulan Ramadan ini.”

Selain itu, katanya, jumlah permohonan tahun ini yang berkurangan merupakan faktor yang turut diambil kira.

Tambah Encik Mohd Yahya:

“Faktor ketiga adalah cabaran kos sara hidup yang agak tinggi, khususnya yang dirasai golongan memerlukan buat masa ini, yang amat mengharapkan bantuan tambahan.”

Penerima TAA telah menerima habuan mereka melalui Giro pada 27 dan 28 Mac lalu.

Encik Najiib Sahib, Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, memaklumkan bahawa sebanyak $1.4 juta telah diagihkan kepada pemohon bantuan TAA pada Ramadan 2024.

Beliau meluahkan rasa syukur dan berharap sokongan masyarakat kepada TAA akan berterusan pada masa depan.

“TAA amat mengambil berat tentang kesejahteraan benefisiari kami. Kami doakan semoga dengan bantuan tersebut, benefisiari dapat menggunakan wang habuan mereka dengan sebaiknya di samping dapat merasakan sedikit kelegaan daripada masalah yang ditanggung mereka dan bersama-sama meraikan Aidilfitri dengan ceria dan sempurna seadanya,” harap Encik Najiib.

Usaha mengumpul dana tidak terhad melalui tabung dan saluran digital seperti PayNow, pemindahan bank dan wadah Giving.sg, mulai dari 29 hingga 31 Mac ini, TAA akan menjalankan kutipan di Celebfest, Suntec City, gerai A05.

TAA berharap dapat mengumpul dana tambahan sepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga pejabat TAA di Blok 2, Joo Chiat Complex, #04-1121, akan dibuka dari Isnin ke Jumaat untuk menerima sumbangan zakat dan sedekah dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada Sabtu, pejabat TAA akan dibuka dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

HULUR DERMA


Cara menderma kepada TAA:

1. PayNow: UEN: T06CC1974E (nyatakan nombor NRIC/FIN/UEN di ruang ‘Rujukan’ bagi derma melebihi $50).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS: 0270151272.

3. Untuk mendapatkan resit, e-mel gambar pengesahan derma PayNow atau Pemindahan bank ke info@taa.org.sg

4. Sila lungsuri laman Giving.sg atau www.TAA.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >