Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Dialog Belanjawan 2024: Sesi kongsi pandangan dan keprihatinan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog Belanjawan 2024: Sesi kongsi pandangan dan keprihatinan

Mar 23, 2024 | 05:30 AM



Seramai 13 tetamu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan sosial, perubatan, keagamaan dan pekerja, serta golongan belia telah dijemput ke Dialog Belanjawan 2024 Berita Harian yang diadakan pada 17 Mac dan dirakam di SPH Studio+65.







Dalam dialog tersebut, para tetamu saling bertukar pandangan dengan anggota panel yang terdiri daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam; dan Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.

Selain pelbagai isu dan pengumuman yang dibentangkan dalam Belanjawan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, tumpuan khusus diberikan kepada daya usaha yang dibentangkan dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Ehwal Masyarakat Islam.

Berikut mereka yang hadir di Dialog Belanjawan anjuran BH itu.

Foto, berdiri dari kiri: Cik Atiyyah Mohd Said, Penolong Editor Berita dan Moderator dialog; Cik Nur Hilyah Saparin, Konsultan Khidmat Sosial; Cik Nuraida Khalid, Pengurus Pusat Khidmat Keluarga (FSC) East Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS); Encik Nabil Shukry Johari, pemilik Cheekies SG; Ustaz Muslim Amad, Eksekutif Penglibatan Masyarakat dan Pembangunan Belia, Masjid Al-Muttaqin; Dr Faisal Abdul Aziz, doktor gigi; Cik Nurul Ernisah Lydiawati, lulusan politeknik; Cik Noorfarahin Ahmad, pengerusi-bersama Jawatankuasa Wanita Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); Encik Ramli Hussin, pengurus syarikat pembersihan; Ustaz Afzhalur Abdul Jaleel, guru madrasah; Encik Ahmed Ansari Mohd Yusope, pekerja di sektor pengilangan yang diberhentikan kerja; Encik Muhammad Luqman Abdul Rahman, lulusan bidang kejururawatan Universiti Nasional Singapura (NUS); Dr Norhisham Main, pengerusi Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dan Ustaz Ahmad Khushairi Abidin, Ketua Kaunselor Projek Arif, AMP Singapura.


Foto, duduk dari kiri: Encik Nazry Mokhtar, Editor Berita Harian; Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Sharael Taha.


Sedutan video Dialog Belanjawan 2024 Berita Harian boleh ditonton di Facebook Berita Harian Singapura serta Instagram dan TikTok BeritaHariansg.

Video penuh boleh ditonton di laman BH.sg dan saluran YouTube Berita Harian Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >